3/4/08

UJIAN BULANAN DAN MAKLUMAN CUTI

UJIAN INTERVENSI TAHUN 6

Tarikh : 24 hingga 27 Mac 2008 ( Isnin - Khamis )

Mata pelajaran terlibat :
1. Mathematics
2. Science
3. English
4. Bahasa Melayu ( Penulisan + Pemahaman )

UJIAN BULANAN 1 ( TAHUN 2 - 5 SAHAJA )

Tarikh : 1 hingga 3 April 2008 ( Selasa - Khamis )

Mata pelajaran terlibat :
1. Mathematics
2. Science
3. English
4. Bahasa Melayu ( Penulisan + Pemahaman )
5. Agama Islam
6. Pendidikan Moral

MURID-MURID TAHUN 1 TIDAK TERLIBAT DENGAN UJIAN BULANAN. HARAP MAKLUM.

MAKLUMAN CUTI

7 Mac 2008 ( Jumaat ) : Cuti berganti sempena pilihanraya.
Sekolah ganti ialah pada 29 Mac 2008 ( Sabtu ). Gunakan jadual hari Jumaat.

8 - 16 Mac 2008 : Cuti pertengahan semester 1

17 Mac 2008 : Sekolah dibuka semula seperti biasa

20 Mac 2008 ( Khamis ) : Cuti Sempena Maulidur Rasul

21 Mac 2008 ( Jumaat ) : Cuti Good Friday

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA CBN1. JANGAN LUPA BUAT PERSEDIAAN UNTUK EXAM YA !

13 comments:

Anonymous said...

yea cuti.....dapatlah relax sekejap

Anonymous said...

ya.......ya...........i agree

Anonymous said...

tapi lepas cuti tahun enam ade exam....x bestlah macam nih...kitaorg cuti kena study...nak relax pun x bleh tahun nih...sedih nye... :(

CBN1excellent said...

enjoy your student's life. zaman yang masa ni jer rasa tension, nanti bila dah lepas, rindu-rinduan. Adat la tu semasa masih bergelar pelajar...

Belajar berterusan...jangan paksa diri sangat. ikut keupayaan diri. Yang penting sentiasa kena buat latihan...niat kerana ALLAH...insyaAllah tak la tension sangat. Berkat pun ada.

Anonymous said...

Dear teachers,
Boleh tak post whatever homework you have given to your students in the blog so parents can check. Homework for each class and each subject and when to pass up. Thank you very, very much!!!

CBN1excellent said...

dear parents

sorry we can't do that here.

InsyaAllah, cuti yang akan datang, kami akan sediakan kemudahan tersebut kerana ianya memerlukan perancangan dan kerjasama semua pihak.

Jutaan maaf dipohon.

haslina said...

cuti pun cikgu kene prepare exam paper...

By Ticer Liza Yacob said...

memang la lin,...biasanya nama je cuti. otak tetap kena jalan. exam paper, persiapan p&P seterusnya....jangan lupa segala mak nenek untuk org datang cek sekolah tu..masa cuti ni la apa-apa pun.

haslina said...

paper lumsiap lg dok kat convention centre dr pagi smpe ptg ni... dh 2 hari makcik kat sini

Anonymous said...

saya ingat kan murid-murid je yg tension..rupa-rupanya cikgu pun tension!!!kesian nye....

Anonymous said...

tu laaa...ramai yang tak tau life cikgu2 macam mana. semua ingat jadi cikgu senang...cuti banyak...memang ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya banyak sangat kerja, banyak yang perlu difikirkan setiap masa hatta di rumah sekali pun juga banyak cabarannya. Hanya yang mengalami yang akan faham.

Anonymous said...

Setuju sangat dengan cikgu, memang faham sebab sama-sama mengalami susah senang. Sampai sakit beberapa hari. Sabar aje okay, insyaALLAH dapat pahala dan berkat usaha kita keatas sekolah, anak-anak kita akan berjaya.

Anonymous said...

Cikgu,why does the exam this time include agama?
;-p