4/14/08

KEJAYAAN KITA

HOKI

Merupakan juara MSSMKL 2008, juara tahun ketiga berturut-turut.
Di pertandingan akhir, mengalahkan SK La Salle Jinjang dengan jaringan 2 : 0.
Murid kita :
Nur Aini Mohamad dan Fatin Syafiqah Noor Azlan
telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.
Fatin Syafiqah Noor Azlan juga telah terpilih sebagai PEMAIN TERBAIK perlawanan bagi tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak membantu dengan tidak jemu-jemu menghantar anak-anak menjalani latihan serta menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. To Puan Suriati dan Puan Abitah,....jasamu dikenang. Walaupun anak-anak mereka "tiada" lagi di CBN1, masih juga mahu menguruskan dan mengambil tahu. Mana nak dapat parent cam ni kat sekolah lain kan??




OLAHRAGA
Nur Aini Muhamad - Pingat emas acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi peringkat Zon.
Pasukan Gimnaestrada Rumah Merah telah menjayakan acara penutup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 10 April 2008 yang lalu.
TARIAN
Pertandingan tarian tradisional antara sekolah-sekolah rendah Wilayah, Selangor dan Putrajaya anjuran UM.
Berlangsung pada Sabtu 12 April 2008 dan pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat KEDUA.

0 comments: