9/16/08

CERAMAH RAMADHAN

Telah berlangsung pada Sabtu, 6 September 2008 di Dewan Putih. Penceramah jemputan ialah USTAZ AZHAR - NowSeeHeart. Ramai murid sudah pun mengenali ustaz yang mempunyai gaya penyampaian yang bersahaja, berinformasi, penuh jenaka dan bersuara merdu ini kerana beliau telahpun hadir ke sekolah kita sebelum ini.

Pengisian ceramah ialah segala yang berkaitan Ramadhan Al-Mubarak. Shukran Jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Azhar di atas kehadirannya pada pagi itu.

Murid-murid sedang tekun mendengar ceramah
Ustaz Azhar sedang berceramah

Selesai sesi ceramah, aktiviti kuiz berkaitan isi-isi ceramah dijalankan dengan dikendalikan oleh Puan Aini. Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh guru-guru. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang. Terima kasih daun keladi.....

Puan Aini sedang bertanya soalan kepada Dania (4Z).

0 comments: