9/8/08

PEMBETULAN dan MAKLUMAN BARU

Tarikh UJIAN BULANAN 3 telah diubah kepada 17 dan 18 September 2008. Tiada jadual diedarkan kepada anak-anak tuan/puan kerana jadual adalah sama digunakan bagi setiap ujian bulanan yang dijalankan sepanjang tahun, disamping langkah menjimatkan penggunaan kertas akibat kenaikan kos pada masa ini. Walau bagaimanapun, jadual penuh boleh dirujuk di sebelah kiri blog.

Dari Selasa (9 September) hingga Khamis (11 September), semua murid Tahun 1 hingga 5 direhatkan dari bersekolah. Sekolah dibuka seperti biasa kepada mereka pada hari Jumaat, 12 September 2008. Pada hari Jumaat, murid Tahun 6 direhatkan.

SEMUA WARGA CBN1 mendoakan agar semua CALON UPSR sekolah kita akan berjaya dengan cemerlang. Percaya pada diri dan YAKIN BOLEH!.

1 comments:

Elina:) said...

yeah...tahun 6 cuti hari jumaat...hehehe..tapi tahun 1-5 lg best...dpt cuti 3 hari...

anyway,doakan yg terbaik utk kteorg tau....