2/15/08

Aktiviti minggu hadapan ( 18 Februari - 23 Februari 2008 )

18 Februari 2008 ( Isnin )
* Kelas berjalan seperti biasa. Datang sekolah dengan uniform sekolah yang lengkap.
Tiada latihan rumah sukan kerana sekolah menjadi tuan rumah untuk Klinik Bola Jaring Zon
Keramat )

19 & 20 Februari 2008 ( Selasa + Rabu )
* Raptai penuh Sukan Tahunan Sekolah.
* Murid-murid perlu memakai t.shirt rumah sukan atau t.shirt putih kosong.

21 Februari 2008 ( Khamis )

* Sambutan Tahun Baru Cina.
* Pakaian bebas tetapi sopan, bersesuaian dengan tema sambutan .

22 Februari 2008 (Jumaat )
* Raptai penuh Sukan Tahunan Sekolah.
* Murid-murid perlu memakai t.shirt rumah sukan atau t.shirt putih kosong. Jika memakai t.shirt rumah, pastikan ada t.shirt rumah yang lain supaya boleh dipakai pada hari esok = hari sukan.

23 Februari 2008 (Sabtu )
* Temasya Sukan Tahunan Sekolah.
* Datang dengan pakaian rumah sukan masing-masing. Diingatkan bahawa Semua murid terlibat dengan acara kelas untuk menambahkan mata rumah sukan anda. So, DATANG JANGAN TAK DATANG!