5/24/09

Perubahan Masa Tamat Persekolah

Perubahan ini hanya sah sepanjang minggu peperiksaan PKSR pada 25 hingga 28 Mei 2009.

Harap maklum.

Tahap 1:
Isnin : 12.55 pm
Selasa - Khamis : 12.25 pm
Jumaat : 11.55 pm

Tahap 2:
Isnin - Khamis : 12.55 pm
Jumaat : 11.55 pm

Semua kelas selepas waktu tersebut adalah dibatalkan.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 29 Mei 2009.

5/19/09

Action Song


Pasukan Action Song sekolah telah memenangi tempat pertama pertandingan Action Song peringkat Zon Keramat yang telah diadakan di SK Jalan Air Panas pada hari ini. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan.

5/17/09

Hari Keluarga CBN1 2009

Telah berlangsung dengan meriahnya pada 16 Mei 2009 bertempat di sekitar kawasan SK CBN1. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga target dana yang hendak dikumpukan dapat dicapai. Yang paling penting, ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan guru serta murid menjadi bertambah erat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha menjayakan hari keluarga kali ini.Fancy Dress Competition
Gerai-gerai Jualan

Gambar-gambar lain sila rujuk bahagian tepi Kanan blog.

5/12/09

Hari Keluarga

Mari lah sama-sama memeriahkan hari keluarga SK CBN1 yang akan diadakan pada 16 Mei 2009 ini. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang dengan tujuan untuk mengumpul dana dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga-warga CBN1.

Antara makanan yang akan dijual pada hari tersebut ialah :

1. Jagung Bakar, Jagung Rebus dan Corn In Cup.
2. Nasi Lemak Berlauk
3. Char Kuetiau dan buah-buahan bersalut coklat
4. Speghetti dan makaroni
5. Sate dan Soto
6. Pelbagai jenis Laksa
7. Cupcakes dan burger
8. Rojak dan jambu batu segar
9. Kuih Muih Tempatan
10. Nasi Beriani

dan macam-macam lagi.

Lain-lain aktiviti ialah seperti :
1. Rumah Hantu
2. Gerai-gerai Permainan
a. Blow The Candles
b. Light The Candles
c. Throw The Ball Tp The Cans
d. Let's Shoot The Netball
e. Pick Your Balls Using Chopsticks
f. Let's Go Fishing
g. Catch Your Fishes
h. Let's Throw The Balls To The Clowns's Nose
i. Let's Shoot The Mini Basketball
j. Guess Amount Of Jelly
k. Throw Hoops To Cones
l. Let's Go Bowling
m. Dunk Machine

3. Pertandingan karaoke kanak-kanak dan dewasa
4. Pertandingan Pakaian Beragam
5. Pertandingan Tarian
6. Pertandingan Wajah Serupa
7. Bouncing Castle

dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik menanti anda.

Antara artis yang akan hadir ialah : Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Tomok.

Kupon-kupon berharga RM10/buku boleh diperolehi dari guru-guru kelas atau mana-mana AJK PIBG sesi 2009/2010.

5/7/09

Koir Peringkat Wilayah

Pada hari ini (7 Mei 2009), pasukan koir sekolah telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Wilayah Persekutuan 2009 yang telah diadakan di SMK Seri Mutiara Kuala Lumpur dan akan mara ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Perlis pada bulan September nanti. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.