2/12/09

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon

12 Februari 2009 - Pasukan bola jaring sekolah di bawah pengawasan jurulatih kita iaitu Puan Aimi, telah menyertai pertandingan bola jaring peringkat Zon Keramat di Pusat Kecemerlangan Sukan, Jalan Cochrane hari ini.
Pasukan sekolah telah berjaya ke peringkat suku akhir, bertemu dengan pasukan juara bertahan dari SK Seri Rampai dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan.

Walaupun tewas, seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka kerana berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Sambutan Tahun Baru Cina

Telah dijayakan pada 10 Februari 2009 ( Selasa ) yang lalu. Antara acara utama pada hari tersebut ialah persembahan tarian singa. Terima kasih di atas sumbangan makanan dan minuman pada hari itu.