4/14/08

KEJAYAAN KITA

HOKI

Merupakan juara MSSMKL 2008, juara tahun ketiga berturut-turut.
Di pertandingan akhir, mengalahkan SK La Salle Jinjang dengan jaringan 2 : 0.
Murid kita :
Nur Aini Mohamad dan Fatin Syafiqah Noor Azlan
telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.
Fatin Syafiqah Noor Azlan juga telah terpilih sebagai PEMAIN TERBAIK perlawanan bagi tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak membantu dengan tidak jemu-jemu menghantar anak-anak menjalani latihan serta menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. To Puan Suriati dan Puan Abitah,....jasamu dikenang. Walaupun anak-anak mereka "tiada" lagi di CBN1, masih juga mahu menguruskan dan mengambil tahu. Mana nak dapat parent cam ni kat sekolah lain kan??




OLAHRAGA
Nur Aini Muhamad - Pingat emas acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi peringkat Zon.
Pasukan Gimnaestrada Rumah Merah telah menjayakan acara penutup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 10 April 2008 yang lalu.
TARIAN
Pertandingan tarian tradisional antara sekolah-sekolah rendah Wilayah, Selangor dan Putrajaya anjuran UM.
Berlangsung pada Sabtu 12 April 2008 dan pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat KEDUA.

Minggu BUDI BAHASA

berlangsung sepanjang minggu, bermula 14 April 2008 hingga 21 April 2008. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya Kita di perhimpunan rasmi hari ini dan akan sentiasa dinyanyikan di perhimpunan pagi, sepanjang minggu ini.

Esok ( 15 April 2008 ) akan berlangsung pertandingan pantun bagi murid-murid tahap 1.

Rabu ( 16 April 2008 ), pertandingan deklamasi sajak bagi murid-murid tahap 2.

Khamis ( 17 April 2008 ) ceramah oleh wakil KEKWA.

Jumaat ( 18 April 2008 ) Pertandingan sketsa untuk murid-murid tahap 2.

Isnin ( 21 April 2008 ) Acara penutup dan penyampaian hadiah.

Lain-lain pertandingan yang berlansung sepanjang minggu, menggunakan masa p&P ( Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni ) ialah pertandingan mewarna( murid tahap 1), pertandingan melukis poster( murid tahap 2 ), pertandingan menulis bercirikan budi bahasa ( murid tahap 2), juga pertandingan teka silang kata. Murid-murid juga akan dinilai oleh guru-guru untuk dipilih sebagai murid contoh.