4/16/08

Pertandingan Sajak Sempena Kempen Budi Bahasa 2008

Berdebar-debar mereka menanti giliran. Mulut masing-masing terkumat-kamit sementara menunggu nama dipanggil. Walaupun ada yang baru pagi tu dapat sajak, namun dengan semangat yang membara untuk tidak menghampakan harapan guru dan rakan-rakan sekelas, akhirnya berjaya juga mereka ini mendeklamasikan sajak mereka. Tahniah dan syabas diucapkan.

Pengacara majlis : Pn. Lim Ching Fui
Hakim : Encik Hafizi Zahri, Pn. Haslina Hassim dan Puan Rozila Ghazali



Komen hakim:
1. Ada peserta yang tak tahu baca sajak...bunyi macam pantun.
2. Ramai yang tidak menghafal sajak.
3. Sajak berkumpulan menarik tetapi tidak menepati kehendak pertandingan.
4. Pakaian penyajak biarlah menarik...apa salahnya berpakaian macam Fairuz kan?

Pertandingan Pantun Sempena Kempen Budi Bahasa

Ini dia wajah-wajah peserta pertandingan pantun ( tahap 1 sahaja ) yang telah dijalankan pada hari Selasa, 15hb April 2008. Siapa yang menang? keputusannya akan diumumkan pada Isnin, 21hb April 2008.
Pengerusi pertandingan ialah Puan Aini Salwati Mohd Yusof
manakala para hakim terdiri daripada
Cik Joaan Foo Pui Yan, Pn. Zaiton Omar dan Pn. Hafsah Mohd Noor.
Komen hakim :
" Peserta tidak menghafal pantun dan tidak menjiwai pantun menyebabkan para penonton bosan"
dan yang bestnya,
ada hakim yang tertidur...maafkan lah "dia" ya.