7/17/08

TOKOH NILAM


Sukacita dimaklumkan bahawa adik NUR FATIHAH ATHIRA MUHAMAD telah berjaya merangkul gelaran TOKOH NILAM peringkat NEGERI Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik ATHIRA di atas kejayaannya itu. Semoga gelaran diperingkat kebangsaan juga menjadi miliknya.

7/14/08

Family Day di Sri Warisan

Meriah sungguh hari keluarga tahun ni. Macam-macam ada....berkampung di Sri Warisan Melaka merupakan sebuah pengalaman yang tak akan dapat dilupakan terutamanya untuk Pn. Rosnah yang akan bersara tu. Tengoklah sendiri gambar-gambar tu. Riang ria sungguh semuanya. Sambutan daripada kaum bapa, anak-anak juga ibu-ibu amat menggalakkan sehinggakan ajk hadiah kelam kabut dibuatnya. Ha..Ha...masalah kecil je tu kan? Semoga hari keluarga tahun hadapan akan lebih meriah lagi. Terima kasih kepada puan ***** yang sponsor hadiah-hadiah pada tahun ini. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan sambutan hari keluarga ini.

Adblock

7/12/08

BATTLE OF THE BRAINS 08


IS YOUR CHILD READY TO FACE UPSR MATHS AND SCIENCE IN ENGLISH?

Find out by registering them to participate in the Battle of The Brains 2008.

Your child can also test their readiness in the Bahasa Malaysia and English papers too.
Test your child now.

Last year, over 10,000 students participated in the event!. They had won their battle.

THE BATTLE FOR 2008 WILL START SOON.
BE READY FOR THE HOTTEST ONLINE COMPETITION OF THE YEAR


This contest is open to:
Students who will be sitting for the 2008 UPSR
* Free for Tutor Online and
ASTRO Subscribers*

FREE registration is limited to 2 entries per Astro account. Please go to http://www.astro.com.my/astrolife/events/botb/default.asp and register online for the BOB 2008 contest.

The last day for online registration at astro.com.my is midnight 12.01am of 23 July 2008.


The countdown to the UPSR exam on the 9th September 2008 has started.

FEEL THE SPIRIT OF THE BATTLE OF THE BRAINS.
GET PREPARED FOR UPSR IN A FUN WAY .

The battle begins on 26th of July and the 2nd of August 2008. Plus, if you register your children today we will give you free access to Tutor Online Learning Package until 3rd August 2008. Your children will need it to prepare themselves for the Battle of the Brains. It's a fun way to succeed in exams.

7/9/08

Aktiviti Hari Ketiga

Hari ketiga memperlihatkan ktreativiti murid-murid dalam lakonan dan syair. Sketsa dipersembahkan dengan penuh emosi. ha ha...ada gak yang tergelak sendiri. Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua yang secara sukarela terlibat dalam kumpulan sketsa dan syair kelas masing-masing. Kalah dan menang adat bertanding.

Hakim pertandingan sketsa : Pn. Haslina, Cik Umi Salmah & Pn. Nik Zaliana

Hakim Pertandingan syair : Pn. Aini, Pn. Anira & Pn. Shahrul Bariah.

Adblock

7/8/08

AKTIVITI HARI KEDUA

Aktiviti hari ini dimulakan dengan senamria murid bersama guru-guru. Sampai pening-pening ikut rentak intsructor dalam VCD tu. Nanti la ya...suatu hari, cikgu-cikgu akan lead senamria macam tu. Agak-agaknya cikgu mana nak jadi ketua tu ya? he he.

Aktiviti kedua ialah pertandinga melukis dan mewarna poster dengan tajuk Masyarakat Madani Tanpa Dadah. Ha...agak-agaknya siapa yang menang? Yang tak habis warna tu, faham-faham aje lah ya. Kita nantikan keputusannya nanti.

Adblock

7/7/08

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH

Bermula dari hari ini sehingga 11 Julai, akan berlansung Kempen Anti Dadah. Kempen ini telah dirasmikan oleh Puan Wan Fatimah Ahmad, Pengerusi PIBG SK Convent (1) Bukit Nanas. Terima Kasih diucapkan kepada Puan Wan Fatimah atas kesudiannya merasmikan kempen ini.

Kempen ini telah dimulakan dengan bacaan ikrar Anti Dadah oleh semua murid dan guru. Acara pertama untuk kempen ini ialah pertandingan sajak untuk murid-murid tahun empat dan lima.

Hakim-hakim pertandingan ialah Puan Nek Gayah, Puan Khairrunisa dan Puan Norhashima.

Adblock

2008 National Robotics Competition

Rachel Leong, Wan Farahin & Aiman Syahirah telah berjaya menggondol pingat PERAK dalam pertandingan tersebut bagi kategori terbuka. Mereka juga telah mendapat Anugerah Persembahan Terbaik. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan. Jutaan terima kasih to KAK WAN.

Adblock

MOTIVASI PIBG

Tarikh : 5 Julai 2008 ( Sabtu )
Tempat : Dewan AIG
Masa : 8.00 am - 1.00 th


Adblock

6/27/08

CBN1 di WebTV

Saksikan berita CBN1 di EduWebTV.

http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub

6/22/08

Jadual Ujian dan Kelas Tambahan

Murid Tahun 6 akan menghadapi Ujian lagi - Ujian Intervensi 3 akan bermula pada hari Selasa 24 Jun hingga Khamis 26 Jun. Jadual peperiksaanelas tambahan dan jadual telah diedarkan kepada semua murid Tahun 6. Jadual ujian boleh dirujuk di bahagian kiri blog.

Warga CBN1 mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada SEMUA MURID TAHUN 6. Semoga berjaya.

sekian.

6/20/08

Lagi Cerita Kejayaan

Sekolah kita telah menyertai beberapa pertandingan pada 19 Jun 2008 yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan:



1. PERTANDINGAN EUREKA

Tempat : SK Bangsar
Kedudukan : JOHAN
Peserta : Wan Farahin, Rachel Leong, Shubashini & Fatihah Athira ( kesemuanya murid tahun 5 Delima )








2. PERTANDINGAN STORY TELLING

Tempat : SK Bangsar
Kedudukan : KETIGA
Peserta : Mariah Izabelle ( 2 Delima )










3. PERTANDINGAN MEWARNA PEMULIHAN KHAS

Tempat : Pusat Kokurikulum, KL
Kedudukan : PERTAMA
Peserta : Fatin Ameera Zainuddin ( 2 Nilam )




Dimaklumkan juga bahawa Fatihah Athira telah melepasi saringan pertama, pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri. Semoga beliau melepasi saringan peringkat seterusnya.

TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang berjaya dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam melatih dan mendidik mereka.

6/18/08

Motivasi Tahun 6

Bengkel motivasi khusus untuk murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada hari Selasa, 17 Jun 2008.

Tujuan : menyedia dan mempersiapkan murid-murid secara fizikal dan mental bagi menghadapi Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.


6/17/08

SELAMAT DATANG

Warga CBN 1 mengucapkan SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS kepada:


PUAN KHAIRRULNISA BT. SALLEH


Puan Nisa akan menggantikan Cik Tengku Noor sebagai Guru Kelas 1 Delima.


Sedikit biodata beliau:
Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Berusia 35 tahun dan merupakan lulusan Institut Perguruan Darul Aman.


Pengalaman Mengajar:
2002-2008: SK SUNGAI DUA, PULAU PINANG
1999-2002: SK DANAU KOTA, SETAPAK
1997-1998: SK JELI (1), KELANTAN

6/14/08

MAKLUMAN TERKINI

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU

Pertemuan antara ibu bapa dan guru, untuk membincangkan mengenai kemajuan pelajaran anak-anak tuan puan, sekali gus mengambil buku adab mereka akan berlangsung seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 19 Jun 2008 ( Khamis )
Tempat : Kelas
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari


KELAS BAHASA ARAB ( TAHUN 1 & 2 )

Kelas tersebut ditangguhkan sepanjang bulan JUN dan akan disambung semula pada bulan JULAI yang akan datang. Untuk itu, masa tamat persekolahan anak-anak tuan puan adalah seperti berikut:

Isnin : 12.55 tengah hari
Selasa hingga Khamis : 12.25 tengah hari
Jumaat : 11.55 pagi

Sekian.

6/3/08

SAMBUTAN HARI GURU

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu gambar-gambar menarik sekitar sambutan hari guru kita tu. Maaf la ya...sibuk + tak berapa sihat. So, ini dia gambar-gambar tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang bersusah payah melatih adik-adik mereka untuk menjayakan persembahan pada hari sambutan, menyediakan jamuan, menyiapkan pentas serta mengendalikan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan. Terima kasih daun keladi, tahun depan, buat yang lebih grand lagi..


5/15/08

Wonderful Teacher

Glitter Text Live - http://www.glittertextlive.com

With a special gift for learning
And with a heart that deeply cares,
You add a lot of love
To everything you share,
And even though
You mean a lot,
You'll never know how much,
For your helped
To change the world
Through every life you touched.
You sparked the creativity
In the students whom you taught,
And helped them strive for goals
That could not be bought,
You are such a special teacher
That no words can truly tell
However much you're valued
For the work you do so well.

Seperti Yang Telah Diduga

14 Mei 2008
Pasukan Choral Speaking sekali lagi menjuarai pertandingan ini bagi peringkat Wilayah Persekutuan. They will present Wilayah to the National level...kali ni dengarnya ke Terengganu.

15 Mei 2008
Gadis-gadis comel kita pula berjaya menjuarai pertandingan ACTION SONG bagi peringkat Wilayah Persekutuan. Last year kita tak menang just because of dresses. If not, kita la menang kan...right girls? They will present Wilayah to the National level ... hmmm...dekat mana ya? nanti la update lagi together with all the pictures.

To all mom who followed their princesses, please email me the pictures ya! tq so much to all wonderful mums of CBN 1 and not forgotten...the teachers.


Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts
Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts
Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts

5/10/08

MESYUARAT PIBG 2008

Mesyuarat telah berlangsung pada petang ini dengan lancarnya. Ramai juga yang datang. Jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat tersebut. Terima kasih di atas jasa-jasa yang dicurahkan oleh Jawatankuasa yang lama. JASAMU DIKENANG, terutamanya kepada DATO' SUHAIMI dan juga PN. FARIDAH, bendahari yang sangat-sangat dedikasi terhadap tugasnya. TAHNIAH kepada PN. WAN FATIMAH AHMAD atas pelantikan beliau sebagai YDP serta EN. MOHD ARIFF B. MOHD NOOR sebagai NAIB YANG DIPERTUA PIBG sesi 2008/2009. Tahniah juga kepada semua yang telah dilantik sebagai jawatankuasa PIBG yang baru. Semoga CBN1 terus maju dan cemerlang dalam pengurusan anda semua.

5/5/08

Jadual PKSR 1 2008

Para ibu bapa
warga SK CBN 1

Jadual akan diedarkan pada anak-anak tuan/puan pada hari esok, Selasa 6 Mei 2008. Sila rujuk bahagian tepi blog untuk jadual terkini.

harap maklum.

5/3/08

PKSR 1

Dengan ini dimaklumkan bahawa PKSR1 akan berlangsung dari 15 Mei hingga 22 Mei ini. Jadual peperiksaan akan diedarkan pada anak tuan/puan pada minggu hadapan.

Sambutan Hari Guru pula akan disambut pada 23 Mei 2008.

Harap maklum.