5/17/09

Hari Keluarga CBN1 2009

Telah berlangsung dengan meriahnya pada 16 Mei 2009 bertempat di sekitar kawasan SK CBN1. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga target dana yang hendak dikumpukan dapat dicapai. Yang paling penting, ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan guru serta murid menjadi bertambah erat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha menjayakan hari keluarga kali ini.Fancy Dress Competition
Gerai-gerai Jualan

Gambar-gambar lain sila rujuk bahagian tepi Kanan blog.

5/12/09

Hari Keluarga

Mari lah sama-sama memeriahkan hari keluarga SK CBN1 yang akan diadakan pada 16 Mei 2009 ini. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang dengan tujuan untuk mengumpul dana dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga-warga CBN1.

Antara makanan yang akan dijual pada hari tersebut ialah :

1. Jagung Bakar, Jagung Rebus dan Corn In Cup.
2. Nasi Lemak Berlauk
3. Char Kuetiau dan buah-buahan bersalut coklat
4. Speghetti dan makaroni
5. Sate dan Soto
6. Pelbagai jenis Laksa
7. Cupcakes dan burger
8. Rojak dan jambu batu segar
9. Kuih Muih Tempatan
10. Nasi Beriani

dan macam-macam lagi.

Lain-lain aktiviti ialah seperti :
1. Rumah Hantu
2. Gerai-gerai Permainan
a. Blow The Candles
b. Light The Candles
c. Throw The Ball Tp The Cans
d. Let's Shoot The Netball
e. Pick Your Balls Using Chopsticks
f. Let's Go Fishing
g. Catch Your Fishes
h. Let's Throw The Balls To The Clowns's Nose
i. Let's Shoot The Mini Basketball
j. Guess Amount Of Jelly
k. Throw Hoops To Cones
l. Let's Go Bowling
m. Dunk Machine

3. Pertandingan karaoke kanak-kanak dan dewasa
4. Pertandingan Pakaian Beragam
5. Pertandingan Tarian
6. Pertandingan Wajah Serupa
7. Bouncing Castle

dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik menanti anda.

Antara artis yang akan hadir ialah : Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Tomok.

Kupon-kupon berharga RM10/buku boleh diperolehi dari guru-guru kelas atau mana-mana AJK PIBG sesi 2009/2010.

5/7/09

Koir Peringkat Wilayah

Pada hari ini (7 Mei 2009), pasukan koir sekolah telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Wilayah Persekutuan 2009 yang telah diadakan di SMK Seri Mutiara Kuala Lumpur dan akan mara ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Perlis pada bulan September nanti. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.

4/29/09

Hannah Montana

Jadi HANNAH MONTANA, ROCK BERSAMA Shila.

Shila OIAM telah membuat konsert percuma di Dewan Putih sekolah sempena meraikan seorang murid sekolah kita yang telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan "Jadi Hannah Montana Rock Bersama Shila" tajaan Disney Channel, di mana peserta perlu menyanyi, menari atau kedua-duanya sekali.
murid yang dimaksudkan ialah Nur Fatihah Athira Muhamad

4/19/09

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009

Sempena Hari Buku dan hak Cipta Sedunia 2009, jawatankuasa Pusat Sumber akan mengadakan sambutan tersebut di peringkat sekolah. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 April 2009 ( Isnin )

Masa : Perhimpunan pagi

Acara : Perasmian

· Ucapan Guru Besar – Pn. N. Vimala

· Persembahan bercerita oleh 2 orang murid


Tarikh : 21 April 2009 ( Selasa )

Masa : Sebelum rehat

Acara :

· Pertandingan Mewarna Tahap 1

· Pertandingan Mereka Kulit Buku Cerita Tahap 2

· Pertandingan Meneka Bilangan Buku

Masa : Selepas rehat

Acara :

· Pertandingan Kuiz Secara Lisan bagi Tahap 2

· Penyampaian Hadiah


Sehubungan dengan itu, murid-murid tidak perlu membawa buku pada hari Selasa 21 April 2009.

Harap maklum.

DIGI DRAMA RESULT

After the all hard works, the school team won 2 prizes.

1. Best Props
2. Gold award


With the gold award prize, we (CBN1 and SK Taman Melati) are selected to represent Kuala Lumpur to the Grand Finals Digi RAP Drama Competition at Segi College, Damansara on the 31 May 2009 ( Sunday ), 2pm-6pm.

CONGRATULATIONS GIRLS, TEACHERS and PARENTS and our director- UNCLE CHRIST!

4/17/09

DIGI RAP REGIONAL FINALS


COME AND JOIN US AT THE FINALS

Don't miss the opportunity to watch our children performing "Leyla And The Magic Lamp" at SJKC Chee Wen, Subang Jaya.

Date : 18 April 2009 ( saturday )
Time : 2 pm - 6 pm

See You There !

4/3/09

Kem Bina Insan

Hari ini sekumpulan 85 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 telah bertolak ke Morib untuk mengikuti Kem Bina Insan selama 3 hari 2 malam. Pemergian mereka diiringi oleh 6 orang guru iaitu :

1. Puan Hafsah Mohd Nor
2. Puan Rosnita Ismail
3. Puan Zaiton Omar
4. Puan Shahrul Bariah Ahmad
5. Puan Anira Abd Rahman
6. Puan Noor Fazima IbrahimLihatlah betapa seronoknya mereka. Ada yang dah termimpi-mimpi, dan ada yang beberapa kali terjaga sepanjang malam dek kerana terlampau teruja. Moga mereka mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat menggunakannya di sepanjang kehidupan mereka.

3/24/09

NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36, 2009

25 Mac 2009

Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid,
SK Convent (1) Bukit Nanas,
Kuala Lumpur.

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,


NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36, 2009


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

3. Sehubungan dengan itu, tarikh baru Mesyuarat Agung yang ke-36 adalah seperti ketetapan yang berikut:

TARIKH : 4 APRIL 2009
MASA : 2.30 Petang
TEMPAT : DEWAN PUTIH

4. Segala kesulitan yang dialami oleh pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah dikesali. Besarlah harapan kami agar Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

3/15/09

Majlis Pelantikan Pengawas

Telah berlangsung pada 12 Mac 2009, bertempat di Dewan Putih. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Shaharuddin Eusop dan juga Puan Selemah Baharom.

Antara yang menerima watikah pelantikan ialah :

1. Pengawas sekolah

2. Pengawas tunas ( Pengawas Percubaan Tahun 3)

3. Pengawas Perpustakaan/Pusat Sumber dan Bilik Media

4. Pengawas SPBT

5. Model Rakan Sebaya (MRS)

6. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
Bacaan ikrar pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas, Stephanie Ong

Maisara, antara yang menerima watikah pelantikan.


3/14/09

MESYUARAT AGUNG PIBG SK CBN1

Adalah dimaklumkan bahawa MESYUARAT AGUNG PIBG akan diadakan seperti butiran yang berikut:

TARIKH : 28 MAC 2009
TEMPAT : DEWAN PUTIH
MASA : 2.30 pm

Mesyuarat PIBG Tahun 2008

Surat makluman telahpun diedarkan kepada anak-anak tuan/puan pada hari Jumaat, 12 Mac 2009. Sila kembalikan keratan usul sebelum atau pada 23 Mac 2009 (ISNIN) pada guru kelas anak-anak tuan/puan.

Sekian. Harap maklum.

3/12/09

Sambutan MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan di sekolah pada pagi ini. Majlis sambutan telah dimulakan dengan acara selawat beramai-ramai dan diikuti dengan ceramah oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Azhar Jumali.

Ustaz Azhar memulakan sesi ceramah

Sambutan diteruskan dengan acara perarakan dan pertandingan sepanduk tercantik antara kelas-kelas.


Siapakah yang akan memenagi pertandingan ini? Keputusannya akan diumumkan esok.

KURSUS TARIAN TRADISIONAL

Ibu bapa yang dihormati;


Kursus tarian tradisional kelolaan Kompleks Sukan Rakyat akan dijalankan seperti butiran yang berikut:


Tempat :
KOMPLEKS SUKAN RAKYAT
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
( berhadapan Taman Rama-rama )


Masa : 16 hingga 20 Mac 2009


Makanan disediakan. Kursus ini diberikan secara PERCUMA.

PENGANGKUTAN TIDAK DISEDIAKAN!

3/10/09

Pertandingan Pencipta Muda Malaysia 2009

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Sukan , Seni dan Kokurikulum dengan kerjasama Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Pertandingan dibuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Maklumat pertandingan boleh dimuat turun melalui laman web http://www.minds.org.my

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 April 2009.

Jika anda mempunyai sebarang idea, sila berhubung dengan Puan Aini Salwati Mohd Yusuf.

KELAS GIMRAMA 2009

Adalah dimaklumkan bahawa kelas gimrama akan dijalankan seperti berikut:

Tahun 1 - Khamis ( 1.00 - 2.30 pm) bertempat di Dewan Putih
Jurulatih : Cik Rosniza
Yuran : RM25/bulan

Tahun 2 - Jumaat (1.30 - 2.45 pm) bertempat di Dewan Putih
Jurulatih : Cik Tengku Noor Fatimah Zaharah
Yuran : RM30/bulan

Tahun 3-6 - Jumaat (12.00 - 1.30 pm) bertempat di Dewan Putih
Jurulatih : Cik Tengku Noor Fatimah Zaharah
Yuran : RM30/bulan

Yuran akan dikutip tiga bulan sekali
Bayaran pertama Darjah 1 : RM75 ( Mac-Mei)
Bayaran pertama Darjah 3-6 : RM90 ( Mac -Mei)

Borang penyertaan boleh diperolehi dari Cik Pertrina Low. Kelas pertama telah pun bermula pada 5 dan 6 Mac 2009.

Harap maklum.

3/8/09

PERADUAN TEKA SIAPA SAYA

Cuba teka siapakah saya?
Syarat-syarat pertandingan:

1. Warga CBN1 yang sedang belajar pada tahun semasa kecuali anak guru-guru SK CBN1.

2. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah untuk satu jawapan sahaja.

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan bilangan penyertaan terbanyak.

4. Keputusan adalah muktamad.

5. Pemenang akan diumumkan di laman blog dan hadiah akan diberikan semasa sesi perhimpunan di sekolah.

6. Emailkan
a) Nama penuh anda
b) Nama kelas anda
c) Jawapan anda ke

7. Peraduan dibuka sehingga 31 Mac 2009. HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!

3/7/09

Hari Keluarga Tunas Putri

Telah berlangsung hari ini, 7 Mac 2009 di Desa Waterpark. Sekolah kita telah menghantar seramai 19 orang putri dengan diiringi 2 orang guru pengiring iaitu Puan Aini Salwati dan Puan Rosliza Yacob.

Upacara dimulakan dengan perhimpuan rasmi, menaikkan panji-panji, nyanyian lagu Negaraku serta lagu Tunas Putri, sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian.

Gambar semasa dalam perjalanan ke Desa Waterpark

Gambar sebelum terjun ke dalam kolam

Bestnya berendam...

Penatnya seharian bermain air. Tapi biarpun penat, makan tetap makan...he he

3/6/09

PERTANDINGAN CATUR ANTARA ZON

Terkini :

Acara Individu Bawah 12 Tahun :

Ryhanna Roslan mendapat tempat ke 8.
Siti Nadia Qarmila mendapat tempat ke 32 manakala
Wan Farahin mendapat tempat ke 34.

Keseluruhan peserta berjumlah 60 orang.

Acara Individu Bawah 10 Tahun :

Nurul Aina Akmar Rohizan berjaya menjadi juara dan akan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat seterusnya. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan.

3/4/09

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT ZON

Pada 3 hingga 6 Februari 2009 telah dijalankan Pertandingan Catur peringkat Zon Keramat. Pertandingan telah dijalankan di SK Padang Tembak. Pasukan Sekolah telah memenangi Tempat Pertama Kategori Berkumpulan Bawah 12 Tahun. Pasukan sekolah telah diwakili oleh :

1. Wan Farahin Ahmad Fahmy
2. Siti Nadia Qarmila
3. Ryhanna Roslan
4. Nurul Aina Akmar Rohizan

Dari kiri: Ryhanna Roslan, Siti Nadia Qarmila, Wan Farahin dan Nurul Aina Akmar

Bagi kategori Individu Bawah 12 Tahun, Siti Nadia Qarmila telah berjaya mendapat tempat keempat manakala bagi kategori Individu Bawah 10 Tahun, Nurul Aina Akmar telah berjaya mendapat tempat pertama.

Gambar : Siti Nadia Qarmila, tempat keempat kategori Individu Bawah 12 Tahun

Gambar : Nurul Aina Akmar, juara kategori Individu Bawah 10 Tahun


Tahniah diucapkan.

3/1/09

Sukan Tahunan 2009

Telah dijayakan dengan penuh meriah pada 28 Februari 2009. Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakannya. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Berikut dipaparkan senarai pemenang:

KEDUDUKAN RUMAH

1. DANG ANUM (MERAH)
2. TUN FATIMAH (KUNING)
3. MAHSURI (BIRU)
4. TUN TEJA (HIJAU)

GYMNAESTRADA

1. DANG ANUM (MERAH)
2. TUN TEJA (HIJAU)
3. TUN FATIMAH (KUNING)
4. MAHSURI (BIRU)

PERBARISAN

1. TUN FATIMAH (KUNING)
2. TUN TEJA (HIJAU)
3. DANG ANUM (MERAH)
4. MAHSURI (BIRU)

HIASAN KHEMAH

1. TUN FATIMAH (KUNING)
2. MAHSURI (BIRU)
3. TUN TEJA (HIJAU)
4. DANG ANUM(MERAH)