9/13/09

Adab Berhari Raya

Sempena  Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, marilah kita renung dan amalkan adab-adab berhari raya. Semoga sambutan Hari Raya kita akan lebih bermakna.



Pertama:
Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.


9/7/09

Jadual Peperiksaan UPSR 2009

Tarikh : 8 September 2009 ( Selasa )

Masa : 8.15 pagi - 9.05 pagi 
Kertas : BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Masa : 9.45 pagi - 11.00 pagi 
Kertas : BAHASA MELAYU PENULISAN
a
Masa : 11.45 pagi - 12.25 tengah hari
Kertas : MATHEMATICS KERTAS 2


Tarikh : 9 September 2009 ( Rabu )

Masa : 8.15 pagi - 9.15 pagi 
Kertas : MATHEMATICS KERTAS 1
a
Tarikh : 10 September 2009 ( Khamis )

Masa : 8.15 pagi - 9.30 pagi 
Kertas : SCIENCE

Masa : 10.15 pagi - 11.05 pagi 
Kertas : BAHASA INGGERIS KERTAS 1
a
Masa : 11.45 pagi - 1.00 petang
Kertas : BAHASA INGGERIS KERTAS2
a
Masa : 2.15 petang - 3.45 petang
Kertas : UJIAN APLITUD TAHUN ENAM

9/6/09

Sistem Permohonan Ke Tingkatan 1 SBP

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1, Sekolah Berasrama Penuh secara atas talian kini dibuka.
Untuk mendapatkan borang permohonan, sila klik disini
TARIKH TUTUP
15 OKTOBER 2009

Tips untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

makluman cuti sempena UPSR

Makluman cuti sempena UPSR pada 8, 9 dan 10 September ini adalah seperti berikut:

Tahap 1 ( Murid-murid Tahun 1 hingga 3 ) :
7 hingga 10 September 2009 ( Isnin hingga Khamis )

Tahap 2 ( Murid-murid Tahun 4 dan 5 ) :
8 hingga 10 September 2009 ( Selasa hingga Khamis )

11 September 2009 ( Jumaat ), adalah hari persekolahan seperti biasa.

9/5/09

makluman peperiksaan

 
UPSR
GURU-GURU SERTA SEMUA WARGA SK CONVENT BUKIT NANAS 1 
MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN 
UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 2009.

KAMI SENTIASA MENDOKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA.

PKSR 2
Akan diadakan bermula pada 20hb Oktober 2009.

8/28/09

Logo dan tema Hari Kebangsaan 1976-2009

Tahukah anda tema dan logo hari Kebangsaan yang telah dan akan kita sambut selama ini? Mari kita perhatikan dan hayati bersama.
1976 : KETAHANAN RAKYAT
1977 : BERSATU MAJU
 
1978 : KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 : BERSATU BERDISIPLIN

8/27/09

kemaskini

Laman blog ini sedang dikemaskini.

8/22/09

Program Jejak Warisan

Tarikh : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Tempat : Sekitar kawasan sekolah

Tujannya untuk memberi maklumat kepada warga CBN tentang permainan-permainan tradisional serta unsur-unsur warisan yang terdapat di negara kita.

Sepak raga bulatan
konda kondi
batu seremban
belajar menganyam ketupat
warisan masyarakat India : kolumkukur kelapa
belajar menggunakan kayu penyepit
ketingting
terompah tempurung

Malam Mohon Restu

Tarikh : 13 Ogos 2009
Tempat : Dewan Putih

Merupakan aktiviti tahunan khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Percubaan Sekolah Rendah (UPSR).

Harapan warga sekolah agar mereka ini akan dapat meneruskan catatan kejayaan sekolah dalam UPSR pada tahun ini.Aktiviti sebelah petang di Pusat Sumber.
Jawatankuasa Persiapan Dewan sedang bertugas
Bacaan Yasin beramai-ramai
Padat dan memberi kesedaran : aktiviti selepas solat
Menjamu selera sebelum pulang.

8/4/09

Ujian Bulanan 2 dan Peperiksaan Percubaan UPSR 2

Akan dilaksanakan pada 10, 11 dan 12 Ogos 2009.

Jadual adalah seperti edaran yang telah diserahkan pada anak-anak tuan/puan hari ini.

Sekian. Harap maklum.

8/3/09

Lawatan Tahap 2

Lawatan ilmu murid-murid Tahun 5 dan 6
Tarikh : 1 Ogos 2009
Menanti masa berangkat

Lokasi 1 : Taman Metropolitan / Taman Layang-layang
tidak melepaskan peluang..
mencuba peralatan untuk beriadah di sana.
di atas menara
smile..

Lokasi 2: Muzium Orang Asli
pemandangan di luar dan di dalam muzium


Lokasi 3 : Kem Rebutia, Gombak
Masa berehat dan mengisi perut..
rojak buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Jutaan terima kasih kepada semua guru pengiring.
Puan Hafsah, Puan Nik Zaliana, Puan Noor Fazima, Puan Siti Nor Raihan, Puan Rosliza, Cik Nurul Ain, Cik Mazriza

juga kepada :
Puan Selemah dan Puan Adida, merangkap tukang masak kami pada hari itu.

Public Speaking 09

Telah berlangsung pada 30 Julai 2008 bertempat di Dewan Putih SK Convent 1 Bukit Nanas.

Seramai 16 orang peserta dari 16 buah sekolah telah mengambil bahagian.

SK Convent 1 Bukit Nanas telah diwakili oleh Nur Atiqah Zainul Arifin - 5 Delima.

Dua orang murid telah terpilih untuk mewakili zon keramat ke peringkat negeri. Mereka ialah :
SHEENA WILLIAM ( SK CONVENT 2 BUKIT NANAS )
MITZI TEOH POH AI FULLANTE ( SK TAMAN SERI RAMPAI )

Semoga mereka akan terus berjaya melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pertandingan ini.



7/28/09

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri 2009

Telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 28 Julai 2009 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang.
Para hakim

Hakim-hakim Pertandingan :
1. Encik Mohd Hafizul Ong Abdullah
2. Cik azlina Rohaidawati Taslim
3. Cik Intan Zuriati Mohd Zulkifli
4. Pn. Norazmah Mohd Yunus
5. Cik Maihaniza Abdul Ghani

Sebanyak 8 buah sekolah yang mewakili 4 zon di Wilayah telah bertanding. Mereka ialah :

1. SK Puteri Pandan 1
2. SK Seri Bintang Utara
3. SK Convent Sentul 2
4. SK St. Mary
5. SK Bukit Damansara
6. SK Taman Tun Dr. Ismail 1
7. SK Convent 1 Bukit Nanas
8. Sk Convent 2 Bukit Nanas

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : SK Convent 2 Bukit Nanas
Tempat Kedua : SK Convent 1 Bukit Nanas
Tempat Ketiga : SK Bukit Damansara

Konduktor terbaik :
Johan Abraham ( SK Bukit Damansara )

Tahniah kepada semua pemenang.

7/12/09

MINGGU BUDI BAHASA 09

Telah dilaksanakan dengan jayanya dari 6 Julai hingga 10 Julai 2009.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

1. pertandingan sketsa tahap 2
2. pertandingan mewarna tahap 1
3. pertandingan melukis tahap 2
4. pertandingan kuiz lisan

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Tahun 1 dan 2Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Tahun 3
Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Melukis Tahap 2
Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Sketsa Tahap 2-4D Kumpulan 1
Lukisan-lukisan yang telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga, pertandingan melukis Tahap 2
Lukisan-lukisan yang telah terpilih untuk memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga, pertandingan mewarna Tahap 1