4/16/08

Pertandingan Sajak Sempena Kempen Budi Bahasa 2008

Berdebar-debar mereka menanti giliran. Mulut masing-masing terkumat-kamit sementara menunggu nama dipanggil. Walaupun ada yang baru pagi tu dapat sajak, namun dengan semangat yang membara untuk tidak menghampakan harapan guru dan rakan-rakan sekelas, akhirnya berjaya juga mereka ini mendeklamasikan sajak mereka. Tahniah dan syabas diucapkan.

Pengacara majlis : Pn. Lim Ching Fui
Hakim : Encik Hafizi Zahri, Pn. Haslina Hassim dan Puan Rozila Ghazali



Komen hakim:
1. Ada peserta yang tak tahu baca sajak...bunyi macam pantun.
2. Ramai yang tidak menghafal sajak.
3. Sajak berkumpulan menarik tetapi tidak menepati kehendak pertandingan.
4. Pakaian penyajak biarlah menarik...apa salahnya berpakaian macam Fairuz kan?

0 comments: