
Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Rosnah Omar. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Wan fatimah Ahmad, pengerusi PIBG sekolah.

Selesai ucapan perasmian, cenderahati diserahkan kepada Pn. wan Fatimah atas kesudiannya merasmikan majlis Di Ambang Merdeka pada tahun ini.
Acara diteruskan dengan nyanyain lagu Tanggal 31 oleh murid-murid Tahun 1.

Seterusnya ialah bacaan sajak oleh adik Nabila dan Laila, murid Tahun 4 Zamrud. Sajak adalah hasil nukilan Encik Aswan yang juga merupakan suami kepada Puan Rohaida Hashim.

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh dua orang guru yang berbakat iaitu Puan Aini Salwati dan juga Puan Rohaida. (gambar akan dimuat turun kemudian)
Acara yang ditunggu-tunggu ialah persembahan tarian oleh murid-murid Tahun 2 dan 3. Persembahan pertama ialah tarian Ulik Mayang manakala persembahan kedua pula ialah Joget Lodeh Mak Lodeh.


Acara diteruskan dengan persembahan oleh pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik dan juga pemenang lagu-lagu rakyat.


Majlis diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Delima dengan lagu mereka Standing In the Eyes Of The World.

Penamat majlis ialah acara memotong kek seberat 6 kilogram sumbangan Puan shila. Terima kasih Puan Shila.

0 comments:
Post a Comment