3/28/08

Mesyuarat Agong PIBG

Tarikh : 12 April 2008 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Putih
Notis mesyuarat telah diedarkan kepada anak-anak tuan/puan. Tuan/puan diminta mengembalikan keratan jawapan beserta usul tuan/puan pada 1hb April 2008 (Selasa). Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Marilah beramai-ramai hadir ke mesyuarat ini untuk berbincang dan merungkai segala persoalan yang bermain diminda tuan/puan mengenai sekolah dan segala yang berkaitan dengan anak-anak tuan/puan selama ini. Jumpa anda di sana....

Latest news...

1. Action Song Competition :
Our School terpilih mewakili Zon Keramat ke pertandingan peringkat seterusnya.

2. Choral Speaking Competition :
Bersama dengan Convent 2 akan mewakili Zon Keramat ke peringkat seterusnya.

3. Pesta Gimnastik
Pasukan gimrama Rumah Merah dan Kuning akan mewakili sekolah, bertanding di pesta gimnastik yang sedang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Mereka akan beraksi pada hari Sabtu, 29hb Mac 2008. Ibu bapa perlu menghantar sendiri anak-anak mereka terus ke Stadium Negara. Mereka dijangka akan bertanding pada pukul 12.00 tengah hari. Walau bagaimanapun, ibu bapa diharap dapat menghantar anak mereka lebih awal untuk memastikan anak-anak kita telah bersedia secara mental dan fizikal. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

4. Pertandingan Drama DiGi Prepaid Fu-Yoh!™ RAP
Akan bertanding pada hari Ahad ini, 30hb Mac 2008, bertempat di KDU, pukul 1.00 tengah hari. Datanglah beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada mereka. Kami percaya, Ms Joaan will lead the team towards the victory. We love you Joaan. To all the parents......caya la. You all memang best!

5. Chess State Level
Tarikh : 1 hingga 4 April 2008. Good Luck for the school team.

6. Ujian Bulanan 1
Tarikh : 1 hingga 4 April 2008

7. Kem Kepimpinan Pengawas
Akan diadakan di Kem El-Azhar Morib pada 4, 5 dan 6 April 2008 ini. Keterangan lanjut, hubungi Puan Hafsah Mohd Noor.

8. Choir Competition
Tarikh pertandingan : 15 April 2008

3/21/08

ATTENTION !

Penguman yang lepas terbatal dengan adanya pengumuman yang terkini.

Ujian Bulanan 1 : Will involve Year 1 students.


Now the school ( students, teachers & parents ) is busy preparing for :

1. Choral Speaking competition ( monday 24th March 2008 )
2. Action Song competition ( )
3. Kejohanan Olahraga
4. Choir competition

Practice makes perfect but don't forget the exam ya!

Sad to say that KPM has no budget to send the FLL team to ATLANTA. Anybody wants to sponsor? :) :) :) Kindly contact Pn. Wan Fatimah for further info. TQ.

3/18/08

Hoki MSSMKL zon Keramat

Pertandingan Hoki MSSMKL Zon Keramat telah berlangsung hari ini. Keputusannya....
KITA LA JUARAAA......
mengalahkan sekolah-sekolah lain dengan 22 gol tiada berbalas. Tiada satu gol pun berjaya disumbat masuk oleh pasukan-pasukan lawan. Power sungguh penjaga gol kita. Siapa dia tu ya? Haa...nanti la tunggu Puan Rohaida sahkan.
Berikut adalah keputusan perlawanan :
SK Convent (1) Bukit Nanas Vs SK AU Keramat
Keputusan : 13 - 0
SK Convent (1) Bukit Nanas Vs SK Jalan raja Muda
Keputusan : 4 - 0
SK Convent (1) Bukit Nanas Vs SK Wangsa Maju
Keputusan : 6 - 0
SK Convent (1) Bukit Nanas Vs SK Convent (2) Bukit Nanas
Keputusan : 9 - 0


3/5/08

KITA JUARA LAGIII....

Myspace Graphics

First Lego Leaque Campionship telah berlangsung di Pusat Sains Negara hari ini. Pasukan kita yang terdiri daripada Wan Farahin, Fatihah Athira & Aiman Syahirah dimantapkan lagi dengan gabungan 3 orang murid lelaki dari SJKC Davidson telah berjaya menjadi JUARA, mengalahkan pasukan-pasukan lain antaranya pasukan dari VI, SMK CBN, SM Alam Shah, SM Sains Seri Puteri dan lain-lain pasukan yang hebat. Tapi ternyata KITA LAGI HEBAT!

Hadiah yang telah dimenangi :

1. Gold Award for overall performances
2. Best Robotic Performance
3. Best Team Work

Tahniah kepada mereka. Juga tahniah kepada tulang belakang pasukan, Pn. Wan Fatimah Ahmad. Tak sia-sia Kak Wan reka skrip sambil kunyah kacang. Terima kasih kepada semua yang telah berkorban banyak masa, wang dan tenaga untuk kemenangan team ini ( terutamanya kak Jun yang sentiasa mengiring Athira kemana saja, juga kedua ibu bapa Aiman Syahirah, Encik Zulfakhar & Isteri ).


3/4/08

UJIAN BULANAN DAN MAKLUMAN CUTI

UJIAN INTERVENSI TAHUN 6

Tarikh : 24 hingga 27 Mac 2008 ( Isnin - Khamis )

Mata pelajaran terlibat :
1. Mathematics
2. Science
3. English
4. Bahasa Melayu ( Penulisan + Pemahaman )

UJIAN BULANAN 1 ( TAHUN 2 - 5 SAHAJA )

Tarikh : 1 hingga 3 April 2008 ( Selasa - Khamis )

Mata pelajaran terlibat :
1. Mathematics
2. Science
3. English
4. Bahasa Melayu ( Penulisan + Pemahaman )
5. Agama Islam
6. Pendidikan Moral

MURID-MURID TAHUN 1 TIDAK TERLIBAT DENGAN UJIAN BULANAN. HARAP MAKLUM.

MAKLUMAN CUTI

7 Mac 2008 ( Jumaat ) : Cuti berganti sempena pilihanraya.
Sekolah ganti ialah pada 29 Mac 2008 ( Sabtu ). Gunakan jadual hari Jumaat.

8 - 16 Mac 2008 : Cuti pertengahan semester 1

17 Mac 2008 : Sekolah dibuka semula seperti biasa

20 Mac 2008 ( Khamis ) : Cuti Sempena Maulidur Rasul

21 Mac 2008 ( Jumaat ) : Cuti Good Friday

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA CBN1. JANGAN LUPA BUAT PERSEDIAAN UNTUK EXAM YA !