2/6/09

Perayaan Hari Muhibbah


Sambutan pada tahun 2008
Sambutan HARI MUHIBBAH akan diadakan pada hari SELASA, 10 Februari 2009. Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta membawa makanan dan minuman untuk dimakan bersama-sama pada hari tersebut. Seperti tahun-tahun yang lalu, acara akan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa.

Untuk memeriahkan sambutan, murid-murid dikehendaki memakai baju tradisional dari rumah ( tidak perlu memakai uniform sekolah). Walau bagaimanapun, murid-murid TAHAP 2 ( Tahun 4,5 dan 6) dikehendaki membawa baju sukan untuk tujuan latihan rumah sukan/ kokurikulum.

Sambutan hanya akan dijalankan selepas waktu rehat, maka jadual pada hari itu adalah mengikut jadual sebelum rehat.

Sekian. Harap maklum.