4/21/08

TAI-CHI CLASSES FOR ADULTS

Attention : To all parents and teachers

Subject : Introduction of TAI-CHI CLASSES

With reference to the above matter, the classes will be as follows :-

Venue : White hall
Date : 25th April 2008 ( 1st trial lesson)
( Every Friday except Public Holidays )
Time : 2.30 pm - 4.00 pm
Attire : T-shirt, track pants and flat shoes
Payment : RM25 per month


If you are interested to join the class, just come on the date and time mentioned above ya! Further info, please contact Miss Low ( 012- 3295999)

4/19/08

MY SCHOOL ROCKS VOTING CONTEST

Dear all;

I received this letter plus the premiums, by currier this afternoon. Unexpected! anyway, those who already voted, just wait for the premiums ya!

***********************************************************************************

Attention: Rosliza Yacob

S37-3-B

LRG PANDAN PERTAMA 3

PANDAN UTAMA

68000 AMPANG

Congratulations!

You are one of the first 5000 winners of the voting contest for My School Rocks.

You have won yourself exclusive High School Musical 2 premiums!

Thank you for your support and stay tuned to Disney Channel for more great show and contest!

Warmest Regards,

Disney Channel

************************************************************************************

4/18/08

MESYUARAT AGONG PIBG

MESYUARAT AGONG PIBG AKAN DIADAKAN PADA :

TARIKH : 10 MEI 2008 ( SABTU )
MASA : 2.30 pm
TEMPAT : DEWAN PUTIH

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERTEMU MUKA UNTUK MEMBINCANGKAN SEGALA PERMASALAHAN ANAK-ANAK KITA, DEMI KECEMERLANGAN MASA DEPAN MEREKA.

4/17/08

Cikgi-cikgi release tension

Selalunya kami pegi shopping sesama atau makan sama-sama...tapi ari ni kami pi main bowling di Ampang Point. Patutnya ramai lagi yang boleh join,....tapi tak per...kita pegi lagi lain kali. Tadi semua tunjuk taring. Mula-mula malu, lepas tu semua tak sabar tunggu giliran nak lempar bola masuk longkang...kah kah kah. Banyak juga mata....Aini, Lin, Selvi, Shima dan Raihan dapat juga strike. I cuma spare jer. Jadi la kan. Betul ke wei istilah-istilah tu? maklum ler...kebanyakan kami first time main ni. Kawan-kawan, jom ramai-ramai kita beriadah mengeratkan silaturrahim kita yang sememangnya dah erat ni.

4/16/08

Pertandingan Sajak Sempena Kempen Budi Bahasa 2008

Berdebar-debar mereka menanti giliran. Mulut masing-masing terkumat-kamit sementara menunggu nama dipanggil. Walaupun ada yang baru pagi tu dapat sajak, namun dengan semangat yang membara untuk tidak menghampakan harapan guru dan rakan-rakan sekelas, akhirnya berjaya juga mereka ini mendeklamasikan sajak mereka. Tahniah dan syabas diucapkan.

Pengacara majlis : Pn. Lim Ching Fui
Hakim : Encik Hafizi Zahri, Pn. Haslina Hassim dan Puan Rozila Ghazali



Komen hakim:
1. Ada peserta yang tak tahu baca sajak...bunyi macam pantun.
2. Ramai yang tidak menghafal sajak.
3. Sajak berkumpulan menarik tetapi tidak menepati kehendak pertandingan.
4. Pakaian penyajak biarlah menarik...apa salahnya berpakaian macam Fairuz kan?

Pertandingan Pantun Sempena Kempen Budi Bahasa

Ini dia wajah-wajah peserta pertandingan pantun ( tahap 1 sahaja ) yang telah dijalankan pada hari Selasa, 15hb April 2008. Siapa yang menang? keputusannya akan diumumkan pada Isnin, 21hb April 2008.
Pengerusi pertandingan ialah Puan Aini Salwati Mohd Yusof
manakala para hakim terdiri daripada
Cik Joaan Foo Pui Yan, Pn. Zaiton Omar dan Pn. Hafsah Mohd Noor.
Komen hakim :
" Peserta tidak menghafal pantun dan tidak menjiwai pantun menyebabkan para penonton bosan"
dan yang bestnya,
ada hakim yang tertidur...maafkan lah "dia" ya.


4/14/08

KEJAYAAN KITA

HOKI

Merupakan juara MSSMKL 2008, juara tahun ketiga berturut-turut.
Di pertandingan akhir, mengalahkan SK La Salle Jinjang dengan jaringan 2 : 0.
Murid kita :
Nur Aini Mohamad dan Fatin Syafiqah Noor Azlan
telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.
Fatin Syafiqah Noor Azlan juga telah terpilih sebagai PEMAIN TERBAIK perlawanan bagi tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang banyak membantu dengan tidak jemu-jemu menghantar anak-anak menjalani latihan serta menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. To Puan Suriati dan Puan Abitah,....jasamu dikenang. Walaupun anak-anak mereka "tiada" lagi di CBN1, masih juga mahu menguruskan dan mengambil tahu. Mana nak dapat parent cam ni kat sekolah lain kan??




OLAHRAGA
Nur Aini Muhamad - Pingat emas acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi peringkat Zon.
Pasukan Gimnaestrada Rumah Merah telah menjayakan acara penutup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 10 April 2008 yang lalu.
TARIAN
Pertandingan tarian tradisional antara sekolah-sekolah rendah Wilayah, Selangor dan Putrajaya anjuran UM.
Berlangsung pada Sabtu 12 April 2008 dan pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat KEDUA.

Minggu BUDI BAHASA

berlangsung sepanjang minggu, bermula 14 April 2008 hingga 21 April 2008. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya Kita di perhimpunan rasmi hari ini dan akan sentiasa dinyanyikan di perhimpunan pagi, sepanjang minggu ini.

Esok ( 15 April 2008 ) akan berlangsung pertandingan pantun bagi murid-murid tahap 1.

Rabu ( 16 April 2008 ), pertandingan deklamasi sajak bagi murid-murid tahap 2.

Khamis ( 17 April 2008 ) ceramah oleh wakil KEKWA.

Jumaat ( 18 April 2008 ) Pertandingan sketsa untuk murid-murid tahap 2.

Isnin ( 21 April 2008 ) Acara penutup dan penyampaian hadiah.

Lain-lain pertandingan yang berlansung sepanjang minggu, menggunakan masa p&P ( Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni ) ialah pertandingan mewarna( murid tahap 1), pertandingan melukis poster( murid tahap 2 ), pertandingan menulis bercirikan budi bahasa ( murid tahap 2), juga pertandingan teka silang kata. Murid-murid juga akan dinilai oleh guru-guru untuk dipilih sebagai murid contoh.

4/10/08

MESYUARAT AGONG PIBG ~ TERKINI

Mesyuarat agong PIBG telah ditunda sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.