3/28/08

Mesyuarat Agong PIBG

Tarikh : 12 April 2008 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Putih
Notis mesyuarat telah diedarkan kepada anak-anak tuan/puan. Tuan/puan diminta mengembalikan keratan jawapan beserta usul tuan/puan pada 1hb April 2008 (Selasa). Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Marilah beramai-ramai hadir ke mesyuarat ini untuk berbincang dan merungkai segala persoalan yang bermain diminda tuan/puan mengenai sekolah dan segala yang berkaitan dengan anak-anak tuan/puan selama ini. Jumpa anda di sana....

Latest news...

1. Action Song Competition :
Our School terpilih mewakili Zon Keramat ke pertandingan peringkat seterusnya.

2. Choral Speaking Competition :
Bersama dengan Convent 2 akan mewakili Zon Keramat ke peringkat seterusnya.

3. Pesta Gimnastik
Pasukan gimrama Rumah Merah dan Kuning akan mewakili sekolah, bertanding di pesta gimnastik yang sedang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Mereka akan beraksi pada hari Sabtu, 29hb Mac 2008. Ibu bapa perlu menghantar sendiri anak-anak mereka terus ke Stadium Negara. Mereka dijangka akan bertanding pada pukul 12.00 tengah hari. Walau bagaimanapun, ibu bapa diharap dapat menghantar anak mereka lebih awal untuk memastikan anak-anak kita telah bersedia secara mental dan fizikal. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

4. Pertandingan Drama DiGi Prepaid Fu-Yoh!™ RAP
Akan bertanding pada hari Ahad ini, 30hb Mac 2008, bertempat di KDU, pukul 1.00 tengah hari. Datanglah beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada mereka. Kami percaya, Ms Joaan will lead the team towards the victory. We love you Joaan. To all the parents......caya la. You all memang best!

5. Chess State Level
Tarikh : 1 hingga 4 April 2008. Good Luck for the school team.

6. Ujian Bulanan 1
Tarikh : 1 hingga 4 April 2008

7. Kem Kepimpinan Pengawas
Akan diadakan di Kem El-Azhar Morib pada 4, 5 dan 6 April 2008 ini. Keterangan lanjut, hubungi Puan Hafsah Mohd Noor.

8. Choir Competition
Tarikh pertandingan : 15 April 2008