1/25/09

TO MY FRIENDS IN GAZA

The basic idea is to get Malaysian children to write letters/cards/postcards or make drawings for the children of Gaza to show their support, provide encouragement and let them know that they have friends here who are thinking of them and praying for their safety.

The letters will be translated into Arabic by a team of volunteers and will then be handed over to UNICEF Malaysia to be sent to UNICEF in the Occupied Territories to be then distributed among the children in Gaza.

So parents of CBNers, please help your children to write. They have to submit to their class teacher after the Chinese New Year holidays. TQ so much for your support.

1/22/09

Majlis Persaraan Puan Rosnah

Telah dijayakan pada 21 Januari 2009 di Dewan Putih.



Adblock

1/20/09

Tentatif Program


8.30 am : Aluan Pengerusi Majlis

8.40 am : Bacaan Doa oleh Ustaz Hafizi Zahri

8.45 am : Ucapan Wakil Guru oleh Cik Petrina Low Lai Hun

: Ucapan Pengerusi PIBG Puan Wan Fatimah Ahmad

: Persembahan

· Murid Tahun 2

· Murid Tahun 3

· Murid Tahun 4

· Guru-guru

· Murid Tahun 5

· Murid Tahun 6

· World Of Butterflies

: Ucapan Yang Diraikan Puan Hjh Rosnah Omar

: Bacaan Biodata

: Penyampaian Cenderamata

10.30 am : Rehat

11.30 am : Upacara Perarakan dan Lambaian Perpisahan

12.30 am : Jamuan Bertempat di Bilik Sains

Persiapan Majlis Persaraan Puan Rosnah

Hari ini, para guru dan juga murid-murid bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk majlis persaraan Puan Hajjah Rosnah Omar yang akan berlangsung esok, 21 Januari 2009. Last minute punya keje kerana being busy with the Hari Anugerah last Friday, tapi masih akan membuahkan hasil yang menawan esok. Just wait and see. :)

Jawatankuasa persiapan pentas sedang bertugas. Terima kasih kepada semua yang membantu.
Puan Raihan sedang sibuk menyiapkan lirik lagu untuk persembahan guru-guru esok.Puan Haslina dengan persembahan murid Tahun 2 nya.

1/19/09

Wajah baru 3 Delima



1/17/09

Kerjasama Parents 3D

Gotong-royong membersihkan kelas 3 Delima berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa prihatin dari kelas 3 Delima. Tujuan utama ialah untuk memastikan anak-anak mereka belajar dalam keadaan selesa dan tenang. Terima kasih untuk semua yang terlibat.

1/16/09

Hari Anugerah Cemerlang 2008

Telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16 Januari 2009, bertempat di Dewan Putih dan dirasmikan oleh Dato' Suhaimi Bin Yacob, Pengerusi Majlis Pemuafakatan PIBG, WPKL.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. TAHNIAH kepada semua yang BERJAYA.

1/14/09

makluman

Makluman kepada ibu bapa warga CBN1.

Esok akan diadakan raptai Hari Anugerah Cemerlang 2008 selepas waktu rehat. sehubungan dengan itu, murid-murid hanya perlu membawa buku mengikut jadual sebelum waktu rehat. Walaubagaimanapun, murid perlu membawa buku-buku yang telah diarahkan guru untuk dihantar pada esok hari, walaupun mata pelajaran tersebut berada dalam waktu-waktu selepas waktu rehat.

Sekian. Harap maklum.

1/12/09

UJIAN INTERVENSI TAHUN 6

Makluman terkini mengenai ujian untuk murid-murid TAHUN 6, berdasarkan pekeliling dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

UJIAN INTERVENSI 1 : 23 FEB - 26 FEB 2009

UJIAN INTERVENSI 2 : 13 APRIL - 16 APRIL 2009

UJIAN ENTERVENSI 3 : 22 JUN - 26 JUN 2009

Harap maklum.

1/11/09

Jemputan Hari Anugerah Cemerlang 2008

Datuk/Datin/Tuan/Puan dijemput ke Hari Anugerah Cemerlang SK Convent (1) Bukit Nanas pada 16 Januari 2009 ( Jumaat ) bertempat di Dewan Putih sekolah. Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Murid-murid yang akan menerima hadiah diminta untuk datang lebih awal bagi urusan pengambilan jubah.

Sekian. Harap maklum.

1/8/09

Anak siapa?

Pada hari keempat bersekolah, masih ada yang menangis. Anak siapakah itu?

1/7/09

HEAD GIRL FOR 2009

Congratulation to our new Head Girl for this year who is STEPHANIE ONG YUEN YAEN. Her asistant is NUR FATIHAH ATHIRA MUHAMAD.

STEPHANIE ONG YUEN YAENfrom left : NUR FATIHAH ATHIRA & STEPHANIE ONG

1/5/09

makluman terkini

BAYARAN YURAN

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kutipan yuran akan dibuat sehingga diberitahu kelak. Hanya sebayaran sebanyak RM1.50 untuk insuran takaful akan dikutip. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta menyemak makluman di laman blog ini dari masa ke masa. Surat makluman juga akan diedarkan kepada anak-anak tuan/puan apabila tiba masanya kelak.

BERSARA

Puan Rosnah Omar telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan pada 30 Disember 2008 yang lalu. Warga CBN1 mendoakan kehidupan dan kesihatan yang baik kepada beliau.

GURU-GURU BARU

Warga CBN1 mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baru yang mula melaporkan diri pada hari ini. Mereka ialah :

1. Pn. Norziyana Binti Ismail dari Tanah Merah Kelantan.
( Pengajian Kajian Sosial )
2. Cik Mazriza Binti Mohamed Diah dari Melaka Tengah, Melaka
( Pengajian Kemhairan Hidup ) dan
3. Cik Ting Mei Ching dari Sibu, Sarawak.
( Pengajian Bahasa Cina )

Sekolah turut mengalu-alukan kehadiran Encik Shaharudin Bin Eusop, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum yang menggantikan Puan Rosnah Omar yang telah mula bersara pada 30 Disember 2008. Encik Shaharudin merupakan GPK Tadbir dan Kurikulum dari SK Sungai Besi 2.

CUTI BELAJAR

Puan Vimala akan cuti belajar sepanjang bulan Januari ini. Sebarang masalah berhubung dengan sekolah hendaklah berhubung dengan pemangku beliau iaitu Encik Shaharudin Eusop, GPK Tadbir dan Kurikulum, atau guru-guru penolong kanan yang lain.

1/2/09

Hari Orientasi Tahun 1 2009

Hari ini telah berlangsung Hari Orientasi Tahun 1 2009 di DewanPutih, bermula pada jam 8.30 pagi.
Cik Petrina sedang memberi penerangan berkaitan Ko-kurikulum
Antara ibu bapa yang hadir