2/27/09

Persiapan Padang

Menjelang temasya sukan tahunan sekolah esok, seperti kebiasaannya, khemah-khemah akan dihias dengan penuh kreatif oleh para ibu bapa warga SK CBN1. Tema yang telah ditetapkan pada tahun ini ialah FLORA. Saksikan kemeriahan persiapan padang pada tahun ini.


Sehingga pukul 11.00 malam ini, masih ramai yang berada di atas padang membuat persiapan terakhir. Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang begitu komited.

2/23/09

Lompat Tinggi Akhir

Acara akhir Lompat Tinggi telah berlangsung pada hari ini, 23 Februari 2009.
Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan LompatTinggi Tahun 4 - Olivia Tai Qing Tong ( Merah )

Johan LompatTinggi Tahun 5 - Nur Syahidah ( Biru )

Johan LompatTinggi Tahun 6 - Najihah Nasruddin ( Merah )

2/22/09

Lompat Jauh & Lontar Peluru Peringkat Akhir

Emas Lompat Jauh Tahun 6 - Nurul Najhihah Mohd Zain Emas Lompat Jauh Tahun 5 - Nur Zafirah Aziz

Emas Lompat Jauh Tahun 4- Nurul Aina Akmar Rohizan
Emas Lontar Peluru Tahun 4- Haida Nabilah Ghaffar
( Maaf-Gambar tiada dalam simpanan )
Emas Lontar Peluru Tahun 5 -Nur Atikah Azman ( Biru)
Emas Lontar Peluru Tahun 6- Nurul Najhihah Mohd Zain

2/19/09

Keputusan Rasmi Acara Balapan

Tarikh : 18 Februari 2009 ( Rabu )
Tempat : Padang SK St John

Acara : 200 m TAHUN 4

Johan : Mysara Roslan ( Biru )
Naib Johan : Nur Liyana Shahrom ( Kuning )
Ketiga : Tai Qing Tong ( Merah )
Keempat : Nurul Zuriati Faiyadhah ( Biru )

Acara : 200 m TAHUN 5

Johan : Nur Zafirah Aziz ( Kuning )
Naib Johan : Nurul Hazirah Malik ( Kuning )
Ketiga : Nur Syahidah Mohd Sani ( Biru )
Keempat : Arina Hani ( Biru )

Acara : 200 m TAHUN 6

Johan : Najihah Nasruddin ( Merah )
Naib Johan : Marsyitah Mohd Khatli ( Hijau )
Ketiga : Nurul Jannah Nor Azahar ( Kuning )
Keempat : Nadira Hana ( Kuning )

Acara : 100 m TAHUN 4

Johan : Sophia Mariam Ismail ( Kuning )
Naib Johan : Nur Hazirah Adnan ( Biru )
Ketiga : Nuryn Syarafana ( Hijau )
Keempat : Nurul Huda Dato' Anas ( Biru )

Acara : 100 m TAHUN 5

Johan : Aqilah Syahmi ( Merah )
Naib Johan : Nur Syazleen Zulkeflee ( Merah )
Ketiga : Nik Syibrah ( Kuning )
Keempat : Nurul Syafiqa ( Hijau )

Acara : 100 m TAHUN 6

Johan : Nur Natasha Ariza ( Biru )
Naib Johan : Alya Zu'aikha Javier (Merah )
Ketiga : Puteri Eilya Sofea ( Merah )
Keempat : Khatijah Rozman ( Biru )

Acara : 200 m Jalan kaki TAHUN 4

Johan: Nur Alya Balqis ( Kuning )
Naib Johan : Yinosha ( Biru )
Ketiga : Nik Nayli ( Hijau )
Keempat : Nur Nayli Nazira ( Kuning )

Acara : 200 m Jalan kaki TAHUN 5

Johan: Sree Tashalini ( Hijau )
Naib Johan : Lekasiny ( Merah )
Ketiga : Nurul nadhirah ( Merah )
Keempat : Zafera Asskin ( Kuning )

Acara : 200 m Jalan kaki TAHUN 6

Johan: Nurul Najihah ( Merah )
Naib Johan : Siti Nadia Qarmila ( Biru )
Ketiga : Aina batrisyia Uzma ( Kuning )
Keempat : Nur Fatihah Athira ( Merah )

Acara : 4x200 m TAHUN 4

Johan: RUMAH HIJAU
Naib Johan : RUMAH KUNING
Ketiga : RUMAH BIRU
Keempat : RUMAH MERAH

Acara : 4x200 m TAHUN 5

Johan: RUMAH HIJAU
Naib Johan : RUMAH MERAH
Ketiga : RUMAH KUNING
Keempat : RUMAH BIRU

Acara : 4x200 m TAHUN 6

Johan: RUMAH MERAH
Naib Johan : RUMAH BIRU
Ketiga : RUMAH HIJAU
Keempat : RUMAH KUNING

Acara : 4x100 m TAHUN 4

Johan: RUMAH KUNING
Naib Johan : RUMAH HIJAU
Ketiga : RUMAH MERAH
Keempat : RUMAH BIRU

Acara : 4x100 m TAHUN 5

Johan: RUMAH MERAH
Naib Johan : RUMAH KUNING
Ketiga : RUMAH BIRU
Keempat : RUMAH HIJAU

Acara : 4x100 m TAHUN 6

Johan: RUMAH KUNING
Naib Johan : RUMAH BIRU
Ketiga : RUMAH MERAH
Keempat : RUMAH HIJAU

2/18/09

Markah Terkini

Markah terkini setelah selesainya acara Sukantara.

Rumah MERAH 491
Rumah HIJAU 483
Rumah KUNING 481
Rumah BIRU 463




Hari ini telah berlangsungnya peringkat saringan dan akhir acara balapan di SK St. John.

Sebelum berangkat ke SK St. John

Peserta Rumah Merah sebelum bertanding
Sesi Memanaskan Badan - Rumah Biru

Acara 100m Saringan 1 Tahun 4
Acara 100m akhir Tahun 6

2/17/09

SUKANTARA 2008

Hari ini telah berlangsungnya SUKANTARA yang akan memberikan mata permulaan kepada setiap rumah yang bertanding. Siapakah yang bakal merebut gelaran juara keseluruhan sukan tahunan kali ini? Adakah Rumah MERAH akan mengekalkan kejuaraannya selama ini? Sama-sama kita nantikan.

Antara acara yang telah dipertandingkan pada hari ini ialah acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lari 40m, dan Lari Berpagar.

Nur Syafiqah Qistina bersedia melontar



Wan Izalea Dayana dengan gaya lompatannya


Murid-murid Tahun 1 Rumah Biru sedang bersaing dalam acara Lari 40m

Murid Rumah Kuning riang sementara menunggu giliran untuk acara lompat tinggi

Antara peserta Rumah Merah yang melepasi tahap kelayakan hari ini.

Barisan Hakim Acara Lari

Esok akan berlangsung acara saringan dan acara akhir bagi semua acara balapan. Pertandingan akan diadakan di Padang SM St. John.

2/15/09

KEM BINA INSAN

Program KEM BINA INSAN akan dijalankan pada 3, 4 dan 5 April 2009, bertempat di KEM EL-AZZHAR, Morib Selangor.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Hanya 80 tempat diperuntukkan dengan bayaran RM120.

Sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan daripada Puan Rosnita Ismail dengan kadar segera.

2/14/09

Gotong Royong Hari Ini

Sesi gotong-royong hari ini telah berjalan lancar dengan menyaksikan kebanyakan kelas berwajah baru.

Kebanyakan kelas telah dicat semula dan ada kelas yang lantainya telah dilapik dengan tikar getah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah menunjukkan kerjasama yang tinggi untuk menceriakan kelas anak-anak masing-masing.

Curahan tenaga serta wang ringgit yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

2/12/09

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon

12 Februari 2009 - Pasukan bola jaring sekolah di bawah pengawasan jurulatih kita iaitu Puan Aimi, telah menyertai pertandingan bola jaring peringkat Zon Keramat di Pusat Kecemerlangan Sukan, Jalan Cochrane hari ini.
Pasukan sekolah telah berjaya ke peringkat suku akhir, bertemu dengan pasukan juara bertahan dari SK Seri Rampai dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan.

Walaupun tewas, seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka kerana berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Sambutan Tahun Baru Cina

Telah dijayakan pada 10 Februari 2009 ( Selasa ) yang lalu. Antara acara utama pada hari tersebut ialah persembahan tarian singa. Terima kasih di atas sumbangan makanan dan minuman pada hari itu.

2/6/09

Perayaan Hari Muhibbah


Sambutan pada tahun 2008
Sambutan HARI MUHIBBAH akan diadakan pada hari SELASA, 10 Februari 2009. Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta membawa makanan dan minuman untuk dimakan bersama-sama pada hari tersebut. Seperti tahun-tahun yang lalu, acara akan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa.

Untuk memeriahkan sambutan, murid-murid dikehendaki memakai baju tradisional dari rumah ( tidak perlu memakai uniform sekolah). Walau bagaimanapun, murid-murid TAHAP 2 ( Tahun 4,5 dan 6) dikehendaki membawa baju sukan untuk tujuan latihan rumah sukan/ kokurikulum.

Sambutan hanya akan dijalankan selepas waktu rehat, maka jadual pada hari itu adalah mengikut jadual sebelum rehat.

Sekian. Harap maklum.