12/18/08

Orientasi Murid Tahun 1

Sesi orientasi Murid Tahun 1 akan diadakan seperti butiran yang berikut:


Tarikh : 2 Januari 2009 ( Jumaat )

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Putih

Pakaian : Seragam Sekolah



Ibu bapa dipohon agar membawa bersama fail biru ( diberikan semasa tuan puan membuat pengesahan penempatan di sekolah) yang telah dilengkapkan semasa hari orientasi tersebut.

Ujian Diagnostik Tahun 6

Ujian Diagnostik untuk murid-murid Tahun 6 2009 akan dijalankan seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 8 dan 9 Januari 2009 ( Khamis dan Jumaat )
Tempat : Kelas masing-masing

Sehubungan dengan itu, murid-murid Tahun 6 diminta untuk membuat persediaan bagi menghadapi ujian tersebut.

Sekian.

11/19/08

Pengumuman bayaran yuran

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh untuk pembayaran yuran masih belum ditetapkan kerana pihak sekolah masih belum mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Tuan/puan diminta untuk merujuk blog dari masa ke masa untuk makluman tarikh yang terkini.

Sekian.

11/13/08

Sambutan Hari Kanak-kanak

Telah disambut dengan meriahnya pada 12 November 2008 di Dewan Putih. Terima kasih atas kerjasama para ibu yang sangat sporting pada hari itu. Juga kepada para guru yang telah mempersembahkan persembahan yang tidak kurang menariknya, juga murid-murid sekalian. Terima kasih daun keladi. Tahun depan beri sumbangan lagi ya.
Ibu-ibu yang "gorgeous"





Cikgu-cikgu yang sporting abis

Puan Rosnah sebelum berangkat ke Tanah Suci

Keputusan UPSR

Seramai 36 orang murid telah mendapat keputusan cemerlang 5A, bersamaan 42% dan merupakan sekolah KETIGA terbaik di Wilayah Persekutuan. Seramai 10 orang mendapat 4A 1B. TAHNIAH diucapkan kepada SEMUA YANG TELAH BERJAYA. ( nama-nama murid 5A dan 4A 1B akan disenaraikan di sebelah kanan blog ).

Berikut adalah senarai keputusan keseluruhan :

PEMAHAMAN --> 98.8%
PENULISAN --> 98.8%
BAHASA INGGERIS --> 95.3%
MATHEMATICS --> 97.7%
SCIENCE --> 95.3

Keputusan sedang diteliti oleh para guru sebelum diserahkan kepada murid-murid.



Menanti keputusan dalam debaran. Ramai yang dah menangis awal-awal lagi.




Para ibu bapa yang turut berdebar.



Keputusan diumumkan oleh Cik Petrina Low.




Guru-guru yang turut terharu.

Calon tunggal 6 Zamrud yang mendapat 5A - Nurul Amira Diana

Kesemua 36 calon yang mendapat 5A. Tahniah!


TERIMA KASIH SEMUA GURU DAN IBU BAPA. CBN1 EXCELLENT!

11/12/08

Hi-Tea



Date : 11 November 2008 ( Selasa )
Venue : Hotel Equitorial
Time: 2.30 - 5.00 p.m


During registration...


Teachers while waiting for the food.

The students...

11/8/08

MAKLUMAN ( 10 - 14 November 2008 )

11 November 2008

Penyerahan kembali BUKU-BUKU TEKS.

Semua murid hendaklah mengembalikan buku-buku teks yang telah dipinjam pada 11 November 2008 ( Selasa ). Buku-buku teks mestilah berada dalam keadaan baik dan tidak berconteng. Buku-buku teks yang hilang hendaklah digantikan semula dengan buku teks juga. Buku-buku tersebut akan dikutip oleh guru kelas masing-masing.

Majlis Perpisahan murid-murid Tahun 6

Hi-tea di Hotel Eqitorial.

12 November 2008 Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sekolah akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak pada 12 November 2008 ( Rabu ) bertempat di Dewan Putih. Bagi memeriahkan acara sambutan, murid-murid diingatkan agar membawa makanan untuk dimakan bersama-sama di majlis itu. Juga diingatkan agar murid-murid membawa sudu, garpu, pinggan dan cawan sendiri.

Pelbagai acara disediakan. Nantikan kemunculan guru-guru anda di pentas dengan persembahan mereka.

14 November 2008 Hari Kenaikan Kelas

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir, pada tarikh ini murid-murid akan mengetahui kelas mereka pada tahun hadapan.

11/4/08

PROGRAM NILAM


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam & Anugerah Pusat Sumber Cemerlang 2008 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 3 NOVEMBER 2008
Tempat : Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur

Pada majlis tersebut, murid kita Nor Fatihah Athira Bt Muhammad ( 5 Delima ) telah menerima hadiah sebagai Tokoh Nilam Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2008.

Turut membuat persembahan ialah kumpulan Choral Speaking dan Tarian sekolah kita.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Nur Fatihah Athira.

10/24/08

Perubahan Tarikh Peperiksaan


Surat siaran yang telah diedarkan kepada semua murid Tahun 1 pada 23 Oktober 08

Untuk makluman semua, perubahan tarikh peperiksaan ini hanya melibatkan murid-murid Tahun1 2008 sahaja. Murid-murid Tahun 2 hingga 6 masih mengguna pakai jadual yang sama.

Jadual pada 4 November 2008, yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia 1, 2 serta mata pelajaran Pendidikan Agama/Moral telah diubah kepada 10 November 2008, waktu yang sama. (sila rujuk jadual di sebelah kanan blog).

Perubahan ini dibuat untuk memberi laluan kepada murid-murid KIA menghadapi Ujian Pelepasan 2 yang telah dijadualkan pada 3 dan 4 November ini.

Sekian. Harap maklum.

10/20/08

Rombongan Murid-murid Tahun 6 ke Melaka

Tarikh : 18 & 19 Oktober 2008

Tempat menginap : SRI WARISAN RESORT

Tempat lawatan :
1) Dataran Pahlawan
2) Cowboy Town
3) Taman Mini Malaysia
4) Zoo Melaka


sesampainya di Sri warisan

Puan Salliza merekod nama penghuni bilik

Berposing sebelum show bermula.

Aksi-aksi di kolam renang

Sambutan hari jadi Adriana Amran

gambar-gambar lain akan dimuat turun kemudian. harap bersabar.