9/30/08

PKSR2

PKSR2 akan berlangsung dari
3 November 2008 hingga 7 November 2008
bagi tahap 1

dan dari
3 hingga 10 November bagi tahap 2.

Jadual lengkap telah diletakkan di sebelah tepi kanan blog untuk rujukan anda semua.

Sekian. Harap Maklum.

9/26/08

Lagi aktiviti bulan Ramadhan

24 September 2008 :Pertandingan nasyid antara kumpulan.

Pertandingan dimenangi oleh kumpulan Munajat.
Kumpulan Munajat bergambar sebelum pertandingan

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Sahabat
Sebahagian ahli kumpulan Sahabat ketika membuat persembahan
Tempat ketiga : Kumpulan Ana Muslim
Anggota Ana Muslim menyampaikan lagu Sepohon Kayu

25 September 2008 :Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Nabi

Tempat pertama: Anati Solehah ( 4 Zamrud )

Tempat kedua : Husna Murshidah ( 6 Zamrud )
Tempat ketiga : Amisha Sofea ( 1 Zamrud )

Jualan Jumbo Tahun 6

Murid-murid tahun 6 mengadakan jualan jumbo untuk menambah duit tabung mereka bagi melaksanakan beberapa aktiviti yang telah dirancang. Sambutan jualan amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan jualan jumbo ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Kupon sedang digunting oleh para sukarelawan
Beratur untuk membeli kupon

Salah sebuah gerai jualan
Cik Fazima nak beli apa tu?
Cusomer kat depan pun, sempat lagi posing.

9/20/08

Kelahiran

Tahniah diucapkan kepada :

1. PUAN HASLINA HASSIM atas kelahiran EMIR HARITH B. JUNIZAM pada 19 September 2008 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Emir Harith yang dilahirkan pada pukul 10.53 pagi dan seberat 3kg itu, merupakan anak kedua kepada Puan Haslina dan Mejar Junizam.

Emir Harith B. Junizam

2. PUAN ZURAHARYATI IBRAHIM atas kelahiran puteri kelimanya pada 20 September 2008, juga di Hospital Kuala Lumpur. Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tepat pada pukul 10 pagi.

9/16/08

Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

Hari ini telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.

Berikut ialah senarai nama pemenang:

Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik ( Tahap 2 )
Johan : 5 Delima-Kumpulan 1
Kedua : 4 Zamrud
Ketiga : 4 Delima

Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Rakyat ( Tahap 1 )
Johan : 1 Delima
Kedua : 3 Delima
Ketiga : 2 Zamrud

Pertandingan Mengira Bilangan Bendera & Mencipta Slogan
Johan : Tang Tze Wei ( 3 Zamrud )
Kedua : Nur Syaza Zulaikha ( 4 Delima )
Ketiga : Aliah Syahirah (3 Delima)

Pertandingan Pakaian Tradisional ( Tahap 2 )
Johan : Raja Sofea ( 5 Zamrud )
Kedua : Hazirah ( 4 Zamrud)
Ketiga : Puvana ( 4 Zamrud)

Pertandingan Keceriaan Kelas ( Tahap 1 )
Johan : 2 Delima
Kedua : 3 Delima
Ketiga : 1 Zamrud

Pertandingan Keceriaan Kelas ( Tahap 2 )
Johan : 5 Delima
Kedua : 4 Delima
Ketiga : 5 Zamrud

Pertandingan Kuiz Kemerdekaan ( Tahap 1 )
Johan : Alia Maisara (2 Delima)
Kedua : Sharifah Zeynah Alhadad (2 Delima)
Ketiga : Nafisah (3 Delima)

Pertandingan Kuiz Kemerdekaan ( Tahap 2 )
Johan : Adlyn Sabrina (5 Delima)
Kedua : Nur Adreena (5 Delima)
Ketiga : Puteri Eilya Sofea (5 Delima)



CERAMAH RAMADHAN

Telah berlangsung pada Sabtu, 6 September 2008 di Dewan Putih. Penceramah jemputan ialah USTAZ AZHAR - NowSeeHeart. Ramai murid sudah pun mengenali ustaz yang mempunyai gaya penyampaian yang bersahaja, berinformasi, penuh jenaka dan bersuara merdu ini kerana beliau telahpun hadir ke sekolah kita sebelum ini.

Pengisian ceramah ialah segala yang berkaitan Ramadhan Al-Mubarak. Shukran Jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Azhar di atas kehadirannya pada pagi itu.

Murid-murid sedang tekun mendengar ceramah
Ustaz Azhar sedang berceramah

Selesai sesi ceramah, aktiviti kuiz berkaitan isi-isi ceramah dijalankan dengan dikendalikan oleh Puan Aini. Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh guru-guru. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang. Terima kasih daun keladi.....

Puan Aini sedang bertanya soalan kepada Dania (4Z).

9/8/08

PEMBETULAN dan MAKLUMAN BARU

Tarikh UJIAN BULANAN 3 telah diubah kepada 17 dan 18 September 2008. Tiada jadual diedarkan kepada anak-anak tuan/puan kerana jadual adalah sama digunakan bagi setiap ujian bulanan yang dijalankan sepanjang tahun, disamping langkah menjimatkan penggunaan kertas akibat kenaikan kos pada masa ini. Walau bagaimanapun, jadual penuh boleh dirujuk di sebelah kiri blog.

Dari Selasa (9 September) hingga Khamis (11 September), semua murid Tahun 1 hingga 5 direhatkan dari bersekolah. Sekolah dibuka seperti biasa kepada mereka pada hari Jumaat, 12 September 2008. Pada hari Jumaat, murid Tahun 6 direhatkan.

SEMUA WARGA CBN1 mendoakan agar semua CALON UPSR sekolah kita akan berjaya dengan cemerlang. Percaya pada diri dan YAKIN BOLEH!.