6/27/08

CBN1 di WebTV

Saksikan berita CBN1 di EduWebTV.

http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub

6/22/08

Jadual Ujian dan Kelas Tambahan

Murid Tahun 6 akan menghadapi Ujian lagi - Ujian Intervensi 3 akan bermula pada hari Selasa 24 Jun hingga Khamis 26 Jun. Jadual peperiksaanelas tambahan dan jadual telah diedarkan kepada semua murid Tahun 6. Jadual ujian boleh dirujuk di bahagian kiri blog.

Warga CBN1 mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada SEMUA MURID TAHUN 6. Semoga berjaya.

sekian.

6/20/08

Lagi Cerita Kejayaan

Sekolah kita telah menyertai beberapa pertandingan pada 19 Jun 2008 yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan:



1. PERTANDINGAN EUREKA

Tempat : SK Bangsar
Kedudukan : JOHAN
Peserta : Wan Farahin, Rachel Leong, Shubashini & Fatihah Athira ( kesemuanya murid tahun 5 Delima )








2. PERTANDINGAN STORY TELLING

Tempat : SK Bangsar
Kedudukan : KETIGA
Peserta : Mariah Izabelle ( 2 Delima )










3. PERTANDINGAN MEWARNA PEMULIHAN KHAS

Tempat : Pusat Kokurikulum, KL
Kedudukan : PERTAMA
Peserta : Fatin Ameera Zainuddin ( 2 Nilam )




Dimaklumkan juga bahawa Fatihah Athira telah melepasi saringan pertama, pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri. Semoga beliau melepasi saringan peringkat seterusnya.

TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang berjaya dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam melatih dan mendidik mereka.

6/18/08

Motivasi Tahun 6

Bengkel motivasi khusus untuk murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada hari Selasa, 17 Jun 2008.

Tujuan : menyedia dan mempersiapkan murid-murid secara fizikal dan mental bagi menghadapi Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.


6/17/08

SELAMAT DATANG

Warga CBN 1 mengucapkan SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS kepada:


PUAN KHAIRRULNISA BT. SALLEH


Puan Nisa akan menggantikan Cik Tengku Noor sebagai Guru Kelas 1 Delima.


Sedikit biodata beliau:
Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Berusia 35 tahun dan merupakan lulusan Institut Perguruan Darul Aman.


Pengalaman Mengajar:
2002-2008: SK SUNGAI DUA, PULAU PINANG
1999-2002: SK DANAU KOTA, SETAPAK
1997-1998: SK JELI (1), KELANTAN

6/14/08

MAKLUMAN TERKINI

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU

Pertemuan antara ibu bapa dan guru, untuk membincangkan mengenai kemajuan pelajaran anak-anak tuan puan, sekali gus mengambil buku adab mereka akan berlangsung seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 19 Jun 2008 ( Khamis )
Tempat : Kelas
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari


KELAS BAHASA ARAB ( TAHUN 1 & 2 )

Kelas tersebut ditangguhkan sepanjang bulan JUN dan akan disambung semula pada bulan JULAI yang akan datang. Untuk itu, masa tamat persekolahan anak-anak tuan puan adalah seperti berikut:

Isnin : 12.55 tengah hari
Selasa hingga Khamis : 12.25 tengah hari
Jumaat : 11.55 pagi

Sekian.

6/3/08

SAMBUTAN HARI GURU

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu gambar-gambar menarik sekitar sambutan hari guru kita tu. Maaf la ya...sibuk + tak berapa sihat. So, ini dia gambar-gambar tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang bersusah payah melatih adik-adik mereka untuk menjayakan persembahan pada hari sambutan, menyediakan jamuan, menyiapkan pentas serta mengendalikan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan. Terima kasih daun keladi, tahun depan, buat yang lebih grand lagi..