9/16/09

Cuti Berganti

Datuk/Datin/Tuan/Puan
yang dihormati sekelian
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, dengan ini diumumkan bahawa JUMAAT 18 September 2009 merupakan hari CUTI sekolah.
Sekolah akan digantikan pada 30 Oktober 2009 ( Sabtu )
Sekian. Harap maklum.

Sekolah dibenar ambil cuti berganti

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kementerian Pelajaran membenarkan mana-mana sekolah memohon cuti peristiwa atau cuti berganti pada 17 dan 18 September ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga masing-masing untuk bercuti di kampung halaman selain mengelak kesesakan jalan raya.

''Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September ini dan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, sekolah-sekolah boleh bercuti pada 18 September ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Alimuddin, sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada Sabtu 31 Oktober ini.

''Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri diarah supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan itu tidak diberikan secara keseluruhan.

''Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti tersebut," katanya.

sumber : utusan online -15 September 2009

9/13/09

Adab Berhari Raya

Sempena  Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, marilah kita renung dan amalkan adab-adab berhari raya. Semoga sambutan Hari Raya kita akan lebih bermakna.



Pertama:
Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.


9/7/09

Jadual Peperiksaan UPSR 2009

Tarikh : 8 September 2009 ( Selasa )

Masa : 8.15 pagi - 9.05 pagi 
Kertas : BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Masa : 9.45 pagi - 11.00 pagi 
Kertas : BAHASA MELAYU PENULISAN
a
Masa : 11.45 pagi - 12.25 tengah hari
Kertas : MATHEMATICS KERTAS 2


Tarikh : 9 September 2009 ( Rabu )

Masa : 8.15 pagi - 9.15 pagi 
Kertas : MATHEMATICS KERTAS 1
a
Tarikh : 10 September 2009 ( Khamis )

Masa : 8.15 pagi - 9.30 pagi 
Kertas : SCIENCE

Masa : 10.15 pagi - 11.05 pagi 
Kertas : BAHASA INGGERIS KERTAS 1
a
Masa : 11.45 pagi - 1.00 petang
Kertas : BAHASA INGGERIS KERTAS2
a
Masa : 2.15 petang - 3.45 petang
Kertas : UJIAN APLITUD TAHUN ENAM

9/6/09

Sistem Permohonan Ke Tingkatan 1 SBP

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1, Sekolah Berasrama Penuh secara atas talian kini dibuka.
Untuk mendapatkan borang permohonan, sila klik disini
TARIKH TUTUP
15 OKTOBER 2009

Tips untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

makluman cuti sempena UPSR

Makluman cuti sempena UPSR pada 8, 9 dan 10 September ini adalah seperti berikut:

Tahap 1 ( Murid-murid Tahun 1 hingga 3 ) :
7 hingga 10 September 2009 ( Isnin hingga Khamis )

Tahap 2 ( Murid-murid Tahun 4 dan 5 ) :
8 hingga 10 September 2009 ( Selasa hingga Khamis )

11 September 2009 ( Jumaat ), adalah hari persekolahan seperti biasa.

9/5/09

makluman peperiksaan

 
UPSR
GURU-GURU SERTA SEMUA WARGA SK CONVENT BUKIT NANAS 1 
MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN 
UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 2009.

KAMI SENTIASA MENDOKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA.

PKSR 2
Akan diadakan bermula pada 20hb Oktober 2009.