7/25/08

Pertandingan tarian tradisional sekolah rendah 2008

Juara bahagian tarian tradisional dan keseluruhan : SK CONVENT (1) BUKIT NANAS

7/24/08

MAKLUMAN CUTI GANTI

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1429H

1. 29 September 2008 (Isnin) Cuti Berganti pada 26 Julai 2008

2. 30 September 2008(Selasa) Cuti Peristiwa - Tidak perlu diganti

3. 3 Oktober 2008(Jumaat) Cuti Berganti pada 9 Ogos 2008


Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Deepavali 2008

1. 28 Oktober 2008 (Selasa) Cuti Peristiwa-Tidak perlu diganti

2. 29 Oktober 2008(Rabu) Cuti Berganti-6 September 2008

7/21/08

TONGUE TWISTER

KUALA LUMPUR 20 Julai - Peraduan e-Lab Tongue Twister atau belit lidah Bahasa Inggeris anjuran Utusan Malaysia yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah di sini hari ini, mendapat sambutan hangat apabila disertai 200 murid sekolah rendah sekitar ibu kota.

Pertandingan yang diadakan buat julung kalinya itu mendapat kerjasama British Council.

Ia bertujuan memupuk minat pelajar bagi mempelajari Bahasa Inggeris melalui cara yang mudah dan menarik.

Pertandingan terbuka kepada semua murid tahun satu hingga enam melibatkan dua kategori iaitu individu dan berpasukan.

Bagi kategori individu, Nur Natasya Ariza Aiza Rizal, 11, sari Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (1) Bukit Nanas, muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM300 manakala Dhanya Ashley Dass dari sekolah yang sama memperoleh RM200 apabila menduduki tempat kedua.

Bagi kategori kumpulan pula, empat pelajar dari SK Taman Desa muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM 1000 manakala tempat kedua pula dimenangi pasukan dari SK Convent (1) Bukit Nanas yang membawa pulang RM700.

7/17/08

TOKOH NILAM


Sukacita dimaklumkan bahawa adik NUR FATIHAH ATHIRA MUHAMAD telah berjaya merangkul gelaran TOKOH NILAM peringkat NEGERI Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik ATHIRA di atas kejayaannya itu. Semoga gelaran diperingkat kebangsaan juga menjadi miliknya.

7/14/08

Family Day di Sri Warisan

Meriah sungguh hari keluarga tahun ni. Macam-macam ada....berkampung di Sri Warisan Melaka merupakan sebuah pengalaman yang tak akan dapat dilupakan terutamanya untuk Pn. Rosnah yang akan bersara tu. Tengoklah sendiri gambar-gambar tu. Riang ria sungguh semuanya. Sambutan daripada kaum bapa, anak-anak juga ibu-ibu amat menggalakkan sehinggakan ajk hadiah kelam kabut dibuatnya. Ha..Ha...masalah kecil je tu kan? Semoga hari keluarga tahun hadapan akan lebih meriah lagi. Terima kasih kepada puan ***** yang sponsor hadiah-hadiah pada tahun ini. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan sambutan hari keluarga ini.

Adblock

7/12/08

BATTLE OF THE BRAINS 08


IS YOUR CHILD READY TO FACE UPSR MATHS AND SCIENCE IN ENGLISH?

Find out by registering them to participate in the Battle of The Brains 2008.

Your child can also test their readiness in the Bahasa Malaysia and English papers too.
Test your child now.

Last year, over 10,000 students participated in the event!. They had won their battle.

THE BATTLE FOR 2008 WILL START SOON.
BE READY FOR THE HOTTEST ONLINE COMPETITION OF THE YEAR


This contest is open to:
Students who will be sitting for the 2008 UPSR
* Free for Tutor Online and
ASTRO Subscribers*

FREE registration is limited to 2 entries per Astro account. Please go to http://www.astro.com.my/astrolife/events/botb/default.asp and register online for the BOB 2008 contest.

The last day for online registration at astro.com.my is midnight 12.01am of 23 July 2008.


The countdown to the UPSR exam on the 9th September 2008 has started.

FEEL THE SPIRIT OF THE BATTLE OF THE BRAINS.
GET PREPARED FOR UPSR IN A FUN WAY .

The battle begins on 26th of July and the 2nd of August 2008. Plus, if you register your children today we will give you free access to Tutor Online Learning Package until 3rd August 2008. Your children will need it to prepare themselves for the Battle of the Brains. It's a fun way to succeed in exams.

7/9/08

Aktiviti Hari Ketiga

Hari ketiga memperlihatkan ktreativiti murid-murid dalam lakonan dan syair. Sketsa dipersembahkan dengan penuh emosi. ha ha...ada gak yang tergelak sendiri. Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua yang secara sukarela terlibat dalam kumpulan sketsa dan syair kelas masing-masing. Kalah dan menang adat bertanding.

Hakim pertandingan sketsa : Pn. Haslina, Cik Umi Salmah & Pn. Nik Zaliana

Hakim Pertandingan syair : Pn. Aini, Pn. Anira & Pn. Shahrul Bariah.

Adblock

7/8/08

AKTIVITI HARI KEDUA

Aktiviti hari ini dimulakan dengan senamria murid bersama guru-guru. Sampai pening-pening ikut rentak intsructor dalam VCD tu. Nanti la ya...suatu hari, cikgu-cikgu akan lead senamria macam tu. Agak-agaknya cikgu mana nak jadi ketua tu ya? he he.

Aktiviti kedua ialah pertandinga melukis dan mewarna poster dengan tajuk Masyarakat Madani Tanpa Dadah. Ha...agak-agaknya siapa yang menang? Yang tak habis warna tu, faham-faham aje lah ya. Kita nantikan keputusannya nanti.

Adblock

7/7/08

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH

Bermula dari hari ini sehingga 11 Julai, akan berlansung Kempen Anti Dadah. Kempen ini telah dirasmikan oleh Puan Wan Fatimah Ahmad, Pengerusi PIBG SK Convent (1) Bukit Nanas. Terima Kasih diucapkan kepada Puan Wan Fatimah atas kesudiannya merasmikan kempen ini.

Kempen ini telah dimulakan dengan bacaan ikrar Anti Dadah oleh semua murid dan guru. Acara pertama untuk kempen ini ialah pertandingan sajak untuk murid-murid tahun empat dan lima.

Hakim-hakim pertandingan ialah Puan Nek Gayah, Puan Khairrunisa dan Puan Norhashima.

Adblock

2008 National Robotics Competition

Rachel Leong, Wan Farahin & Aiman Syahirah telah berjaya menggondol pingat PERAK dalam pertandingan tersebut bagi kategori terbuka. Mereka juga telah mendapat Anugerah Persembahan Terbaik. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan. Jutaan terima kasih to KAK WAN.

Adblock

MOTIVASI PIBG

Tarikh : 5 Julai 2008 ( Sabtu )
Tempat : Dewan AIG
Masa : 8.00 am - 1.00 th


Adblock