7/21/08

TONGUE TWISTER

KUALA LUMPUR 20 Julai - Peraduan e-Lab Tongue Twister atau belit lidah Bahasa Inggeris anjuran Utusan Malaysia yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah di sini hari ini, mendapat sambutan hangat apabila disertai 200 murid sekolah rendah sekitar ibu kota.

Pertandingan yang diadakan buat julung kalinya itu mendapat kerjasama British Council.

Ia bertujuan memupuk minat pelajar bagi mempelajari Bahasa Inggeris melalui cara yang mudah dan menarik.

Pertandingan terbuka kepada semua murid tahun satu hingga enam melibatkan dua kategori iaitu individu dan berpasukan.

Bagi kategori individu, Nur Natasya Ariza Aiza Rizal, 11, sari Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (1) Bukit Nanas, muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM300 manakala Dhanya Ashley Dass dari sekolah yang sama memperoleh RM200 apabila menduduki tempat kedua.

Bagi kategori kumpulan pula, empat pelajar dari SK Taman Desa muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM 1000 manakala tempat kedua pula dimenangi pasukan dari SK Convent (1) Bukit Nanas yang membawa pulang RM700.