2/24/08

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2008

Biarpun terdengar sok-sek sok-sek komen sama ada yang sedap mahupun yang tak sedap didengar, akhirnya temasya sukan yang dinanti-nanti kehadirannya telah pun berakhir dengan penuh gemilang. Tahun ini padang kembali ceria dengan perhiasan khemah yang pelbagai. Kali ini hiasannya lebih meriah kerana diusahakan secara bersama oleh para ibu bapa warga CBN1. Bagi pihak Yang Berusaha Pn. Vimala, pihak pengurusan serta semua guru, saya mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih di atas kerjasama, kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh semua yang terlibat. Kepada yang kurang membantu, tahun depan boleh tambah bantuan supaya lebih bertambah kemeriahannya. Tak gitu ?
Tahniah kepada juara-juara bertahan iaitu :
Rumah Kuning (Tun Fatimah ) untuk hiasan khemahnya,
Rumah Merah ( Dang Anum ) untuk Gimnaestrada dan Juara keseluruhannya
juga
Rumah Hijau ( Tun Teja ) untuk perbarisannya.

Disebabkan masalah ruang memori yang terhad, hanya gambar-gambar ini sahaja yang dapat diambil. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi gambar-gambar menarik pada hari sukan tersebut, bolehlah mengirimkannya kepada kami melalui email
Dimaklumkan juga bahawa ISNIN 25 FEBRUARI 2008 merupakan hari cuti untuk warga CBN1.