6/25/09

Makluman Bayaran Yuran

Salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa, tiada bayaran untuk komputer akan dikutip pada hari Sabtu ini (8 hingga 12 tengah hari ).

Sehubungan dengan itu, jumlah bayaran yuran untuk murid Tahun 2 hingga 6 adalah sebanyak RM95 manakala untuk murid Tahun 1 adalah sebanyak RM98.50 termasuk bayaran untuk buku adab sebanyak RM3.50.

Walau bagaimanapun, bayaran tersebut berbeza bagi mereka yang mempunyai adik beradik di sekolah ini kerana bayaran keselamatan sebanyak RM30 dikenakan sekali sahaja untuk sebuah keluarga. Untuk itu, datuk/datin/tuan/puan diminta menunjukkan resit pembayaran yang telah dibuat sebelumnya kepada guru kelas anak datuk/datin/tuan/puan yang seterusnya.

Datuk/datin/tuan/puan diminta menyediakan wang yang secukupnya untuk mengelakkan kesulitan pada hari tersebut. Datuk/datin/tuan/puan juga diminta mematuhi tempoh masa pembayaran yang ditetapkan iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.

Sekian. Harap maklum.