9/13/09

Adab Berhari Raya

Sempena  Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, marilah kita renung dan amalkan adab-adab berhari raya. Semoga sambutan Hari Raya kita akan lebih bermakna.



Pertama:
Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya.