1/5/09

makluman terkini

BAYARAN YURAN

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kutipan yuran akan dibuat sehingga diberitahu kelak. Hanya sebayaran sebanyak RM1.50 untuk insuran takaful akan dikutip. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta menyemak makluman di laman blog ini dari masa ke masa. Surat makluman juga akan diedarkan kepada anak-anak tuan/puan apabila tiba masanya kelak.

BERSARA

Puan Rosnah Omar telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan pada 30 Disember 2008 yang lalu. Warga CBN1 mendoakan kehidupan dan kesihatan yang baik kepada beliau.

GURU-GURU BARU

Warga CBN1 mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baru yang mula melaporkan diri pada hari ini. Mereka ialah :

1. Pn. Norziyana Binti Ismail dari Tanah Merah Kelantan.
( Pengajian Kajian Sosial )
2. Cik Mazriza Binti Mohamed Diah dari Melaka Tengah, Melaka
( Pengajian Kemhairan Hidup ) dan
3. Cik Ting Mei Ching dari Sibu, Sarawak.
( Pengajian Bahasa Cina )

Sekolah turut mengalu-alukan kehadiran Encik Shaharudin Bin Eusop, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum yang menggantikan Puan Rosnah Omar yang telah mula bersara pada 30 Disember 2008. Encik Shaharudin merupakan GPK Tadbir dan Kurikulum dari SK Sungai Besi 2.

CUTI BELAJAR

Puan Vimala akan cuti belajar sepanjang bulan Januari ini. Sebarang masalah berhubung dengan sekolah hendaklah berhubung dengan pemangku beliau iaitu Encik Shaharudin Eusop, GPK Tadbir dan Kurikulum, atau guru-guru penolong kanan yang lain.