9/16/09

Cuti Berganti

Datuk/Datin/Tuan/Puan
yang dihormati sekelian
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, dengan ini diumumkan bahawa JUMAAT 18 September 2009 merupakan hari CUTI sekolah.
Sekolah akan digantikan pada 30 Oktober 2009 ( Sabtu )
Sekian. Harap maklum.

Sekolah dibenar ambil cuti berganti

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kementerian Pelajaran membenarkan mana-mana sekolah memohon cuti peristiwa atau cuti berganti pada 17 dan 18 September ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga masing-masing untuk bercuti di kampung halaman selain mengelak kesesakan jalan raya.

''Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September ini dan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, sekolah-sekolah boleh bercuti pada 18 September ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Alimuddin, sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada Sabtu 31 Oktober ini.

''Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri diarah supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan itu tidak diberikan secara keseluruhan.

''Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti tersebut," katanya.

sumber : utusan online -15 September 2009