10/24/08

Perubahan Tarikh Peperiksaan


Surat siaran yang telah diedarkan kepada semua murid Tahun 1 pada 23 Oktober 08

Untuk makluman semua, perubahan tarikh peperiksaan ini hanya melibatkan murid-murid Tahun1 2008 sahaja. Murid-murid Tahun 2 hingga 6 masih mengguna pakai jadual yang sama.

Jadual pada 4 November 2008, yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia 1, 2 serta mata pelajaran Pendidikan Agama/Moral telah diubah kepada 10 November 2008, waktu yang sama. (sila rujuk jadual di sebelah kanan blog).

Perubahan ini dibuat untuk memberi laluan kepada murid-murid KIA menghadapi Ujian Pelepasan 2 yang telah dijadualkan pada 3 dan 4 November ini.

Sekian. Harap maklum.