11/8/08

MAKLUMAN ( 10 - 14 November 2008 )

11 November 2008

Penyerahan kembali BUKU-BUKU TEKS.

Semua murid hendaklah mengembalikan buku-buku teks yang telah dipinjam pada 11 November 2008 ( Selasa ). Buku-buku teks mestilah berada dalam keadaan baik dan tidak berconteng. Buku-buku teks yang hilang hendaklah digantikan semula dengan buku teks juga. Buku-buku tersebut akan dikutip oleh guru kelas masing-masing.

Majlis Perpisahan murid-murid Tahun 6

Hi-tea di Hotel Eqitorial.

12 November 2008 Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sekolah akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak pada 12 November 2008 ( Rabu ) bertempat di Dewan Putih. Bagi memeriahkan acara sambutan, murid-murid diingatkan agar membawa makanan untuk dimakan bersama-sama di majlis itu. Juga diingatkan agar murid-murid membawa sudu, garpu, pinggan dan cawan sendiri.

Pelbagai acara disediakan. Nantikan kemunculan guru-guru anda di pentas dengan persembahan mereka.

14 November 2008 Hari Kenaikan Kelas

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir, pada tarikh ini murid-murid akan mengetahui kelas mereka pada tahun hadapan.

0 comments: