8/30/08

Diambang merdeka

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagi negaraku, lagi sekolah, diikuti dengan lagu-lagu patriotik.

Semua yang ada di dewan menyanyikan beberapa buah lagu.

Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Rosnah Omar. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Wan fatimah Ahmad, pengerusi PIBG sekolah.

Puan Wan Fatimah sedang berucap.

Selesai ucapan perasmian, cenderahati diserahkan kepada Pn. wan Fatimah atas kesudiannya merasmikan majlis Di Ambang Merdeka pada tahun ini.

Acara diteruskan dengan nyanyain lagu Tanggal 31 oleh murid-murid Tahun 1.

Murid-murid Tahun 1 Zamrud dan Delima sedang menyanyikan lagu Tanggal 31.

Seterusnya ialah bacaan sajak oleh adik Nabila dan Laila, murid Tahun 4 Zamrud. Sajak adalah hasil nukilan Encik Aswan yang juga merupakan suami kepada Puan Rohaida Hashim.

Nabila dan Laila sedang mendeklamasikan sajak bertajuk Tokoh-Tokoh Tanahair

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh dua orang guru yang berbakat iaitu Puan Aini Salwati dan juga Puan Rohaida. (gambar akan dimuat turun kemudian)

Acara yang ditunggu-tunggu ialah persembahan tarian oleh murid-murid Tahun 2 dan 3. Persembahan pertama ialah tarian Ulik Mayang manakala persembahan kedua pula ialah Joget Lodeh Mak Lodeh.

Tarian Ulik Mayang

Tarian Joget Lodeh Mak Lodeh. Para penari sedang bersedia.

Acara diteruskan dengan persembahan oleh pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik dan juga pemenang lagu-lagu rakyat.

Pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik (Tahap 2) , kelas 5 Delima sedang mendendangkan lagu bertajuk Gemilang.

Pemenang pertandingan lagu-lagu rakyat sedang menyanyikan lagu Can Mali Can.

Majlis diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Delima dengan lagu mereka Standing In the Eyes Of The World.

Nurin Diayanah, Firzanah & Fatin

Penamat majlis ialah acara memotong kek seberat 6 kilogram sumbangan Puan shila. Terima kasih Puan Shila.

0 comments: