2/17/08

Pendaftaran Tahun 1 2009

Pendaftaran Murid Tahun 1 bagi kemasukan 2009 sedang dibuka sehingga tarikh yang akan diumumkan.

sila bawa bersama :
1. salinan kad pengenalan ibu dan bapa
2. salah satu utiliti bil( sebenar dan salinan ). Bil hendaklah beralamat yang sama dengan alamat dalam kad pengenalan anda. Jika menyewa, anda perlu membawa bersama-sama anda surat pengesahan bahawa anda merupakan penyewa rumah tersebut ( dengan tanda tangan tuan rumah ).
3. Salinan penyata gaji terkini suami dan isteri
4. Surat beranak anak ( sebenar dan salinan )
5. Sampul surat panjang bertingkap warna putih dengan setem 50 sen.
6. Jika anda mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah yang berhampiran ( SMK Convent, SMK St John, SK. St John 1 & 2, SK Convent 2 ), sila bawa bersama surat pengesahan bahawa anak anda berada di sekolah tersebut. Surat boleh diperolehi dari pejabat sekolah-sekolah berkenaan.

Sekian untuk makluman tuan dan puan.