2/29/08

kARnIVal bOLA jArINg MSSMKL

Telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 Februari 2008 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane. Sekolah kita merupakan pengelola karnival bagi Sekolah-sekolah Rendah Zon Keramat untuk tahun kedua ( 2007 & 2008 ). Pasukan sekolah telah berjaya menempah tempat ke peringkat suku akhir namun tewas di tangan pasukan SK Danau Kota sekaligus tidak melayakkan mereka untuk mara ke pusingan separuh akhir. Walau bagaimanapun, TAHNIAH diucapkan kepada ahli-ahli pasukan bola jaring sekolah di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka. Ms Joaan kata, you all main jauh lebih baik dari tahun lepas. So, jangan sedih sangat ya...adat bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang. Kita CUBA LAGI tahun hadapan.

Juara Karnival Bola Jaring Zon Keramat kategori bawah 12 tahun bagi tahun 2008 ialah
SK Danau Kota.

Di tempat kedua ialah SK Wangsa Jaya, Ketiga SK Convent 2 Bukit Nanas dan
Keempat SK Datuk Keramat 2. TAHNIAH kepada semua pasukan yang berjaya.