2/12/09

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon

12 Februari 2009 - Pasukan bola jaring sekolah di bawah pengawasan jurulatih kita iaitu Puan Aimi, telah menyertai pertandingan bola jaring peringkat Zon Keramat di Pusat Kecemerlangan Sukan, Jalan Cochrane hari ini.
Pasukan sekolah telah berjaya ke peringkat suku akhir, bertemu dengan pasukan juara bertahan dari SK Seri Rampai dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan.

Walaupun tewas, seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka kerana berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

1 comments:

aimyrashid said...

Yes, congrats to the netball girls for their tireless effort and commitment hingga tak takut hitam walaupun bermain di tengah panas dan naik bukit untuk buat conditioning di tapak KL Tower.

To my darling netball girls, thank you for everything, walaupun ada yang merajuk, marah, sakit hati,but we did it....Yeaaaa Wonderpets!!!

To Qistina, the captain walaupun tidak berpeluang bermain atas kecederaan kakinya, you did well, darling, in cheering our team.

To Qasdina, good job dan bersemangat bermain walaupun demam. You are a sharp shooter, dear...

Saya harap kita dapat melatih pelajar2 tahun 5 mulai Mac ini agar lebih konsisten.

:)