6/25/09
Makluman Bayaran Yuran
Adalah dimaklumkan bahawa, tiada bayaran untuk komputer akan dikutip pada hari Sabtu ini (8 hingga 12 tengah hari ).
Sehubungan dengan itu, jumlah bayaran yuran untuk murid Tahun 2 hingga 6 adalah sebanyak RM95 manakala untuk murid Tahun 1 adalah sebanyak RM98.50 termasuk bayaran untuk buku adab sebanyak RM3.50.
Walau bagaimanapun, bayaran tersebut berbeza bagi mereka yang mempunyai adik beradik di sekolah ini kerana bayaran keselamatan sebanyak RM30 dikenakan sekali sahaja untuk sebuah keluarga. Untuk itu, datuk/datin/tuan/puan diminta menunjukkan resit pembayaran yang telah dibuat sebelumnya kepada guru kelas anak datuk/datin/tuan/puan yang seterusnya.
Datuk/datin/tuan/puan diminta menyediakan wang yang secukupnya untuk mengelakkan kesulitan pada hari tersebut. Datuk/datin/tuan/puan juga diminta mematuhi tempoh masa pembayaran yang ditetapkan iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.
Sekian. Harap maklum.
6/21/09
Action Song
6/3/09
DIGI DRAMA NATIONAL LEVEL
SK Convent 1 Bukit Nanas was declared as 2nd runner-up for DIGi RAP competition National Level this year.Full results are :
Champion : SJKC Kwang Hwa ( Penang )
1st Runner-up : SJKC Shang Wu ( Penang )
2nd Runner-up : SK Convent Bukit Nanas 1 (KL)
Congratulations to all DIGI Drama actresses on your achievement.
The list of the actresses as below:
1. Zara Nadhira as Leyla
2. Alexandria Sonia as Saleem
3. 'Aliah Syahirah as Mahmood
4. Jasmine Qistina as The Prince
5. Maisarah Diyanah as the seller n the servant
6. Batrisyia Aza as the seller
7. Putri Eilya Sofea as the belly dancer
8. Nur Fatihah Athirah as the belly dancer n the servant
9. Raihan Darlina as the belly dancer n the servant
10. Nurul Fitri Sabarinah as the belly dancer n the servant
11. Putri Nellisa Syafirah as the belly dancer n the servant
Special thanks to: Wan Farahin Ahmad Fahmy as the narrator.
TQ to all parents, teachers n students.


Hari Guru 09
Berikut adalah hasil "make over" yang telah dilakukan ke atas guru-guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saksikan!
* Saya memohon maaf kerana hanya ini gambar yang ada dalam simpanan. Cikgu-cikgu yang ada gambar-gambar lain, harap dapat email kan ke email sekolah untuk tindakan lanjut. T.Kasih.
5/24/09
Perubahan Masa Tamat Persekolah
Harap maklum.
Tahap 1:
Isnin : 12.55 pm
Selasa - Khamis : 12.25 pm
Jumaat : 11.55 pm
Tahap 2:
Isnin - Khamis : 12.55 pm
Jumaat : 11.55 pm
Semua kelas selepas waktu tersebut adalah dibatalkan.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 29 Mei 2009.
5/19/09
Action Song
5/17/09
Hari Keluarga CBN1 2009
Fancy Dress Competition5/12/09
Hari Keluarga
Mari lah sama-sama memeriahkan hari keluarga SK CBN1 yang akan diadakan pada 16 Mei 2009 ini. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang dengan tujuan untuk mengumpul dana dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga-warga CBN1.Antara makanan yang akan dijual pada hari tersebut ialah :
1. Jagung Bakar, Jagung Rebus dan Corn In Cup.
2. Nasi Lemak Berlauk
3. Char Kuetiau dan buah-buahan bersalut coklat
4. Speghetti dan makaroni
5. Sate dan Soto
6. Pelbagai jenis Laksa
7. Cupcakes dan burger
8. Rojak dan jambu batu segar
9. Kuih Muih Tempatan
10. Nasi Beriani
dan macam-macam lagi.
Lain-lain aktiviti ialah seperti :
1. Rumah Hantu
2. Gerai-gerai Permainan
a. Blow The Candles
b. Light The Candles
c. Throw The Ball Tp The Cans
d. Let's Shoot The Netball
e. Pick Your Balls Using Chopsticks
f. Let's Go Fishing
g. Catch Your Fishes
h. Let's Throw The Balls To The Clowns's Nose
i. Let's Shoot The Mini Basketball
j. Guess Amount Of Jelly
k. Throw Hoops To Cones
l. Let's Go Bowling
m. Dunk Machine
3. Pertandingan karaoke kanak-kanak dan dewasa
4. Pertandingan Pakaian Beragam
5. Pertandingan Tarian
6. Pertandingan Wajah Serupa
7. Bouncing Castle
dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik menanti anda.
Antara artis yang akan hadir ialah : Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Tomok.
Kupon-kupon berharga RM10/buku boleh diperolehi dari guru-guru kelas atau mana-mana AJK PIBG sesi 2009/2010.
5/7/09
Koir Peringkat Wilayah
Pada hari ini (7 Mei 2009), pasukan koir sekolah telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Wilayah Persekutuan 2009 yang telah diadakan di SMK Seri Mutiara Kuala Lumpur dan akan mara ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Perlis pada bulan September nanti. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan.
4/29/09
Hannah Montana
4/19/09
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009
Tarikh : 20 April 2009 ( Isnin )
Masa : Perhimpunan pagi
Acara : Perasmian
· Ucapan Guru Besar – Pn. N. Vimala
· Persembahan bercerita oleh 2 orang murid
Tarikh : 21 April 2009 ( Selasa )
Masa : Sebelum rehat
Acara :
· Pertandingan Mewarna Tahap 1
· Pertandingan Mereka Kulit Buku Cerita Tahap 2
· Pertandingan Meneka Bilangan Buku
Masa : Selepas rehat
Acara :
· Pertandingan Kuiz Secara Lisan bagi Tahap 2
· Penyampaian Hadiah
Sehubungan dengan itu, murid-murid tidak perlu membawa buku pada hari Selasa 21 April 2009.
Harap maklum.
DIGI DRAMA RESULT
1. Best Props
2. Gold award
With the gold award prize, we (CBN1 and SK Taman Melati) are selected to represent Kuala Lumpur to the Grand Finals Digi RAP Drama Competition at Segi College, Damansara on the 31 May 2009 ( Sunday ), 2pm-6pm.
CONGRATULATIONS GIRLS, TEACHERS and PARENTS and our director- UNCLE CHRIST!




4/17/09
DIGI RAP REGIONAL FINALS
4/3/09
Kem Bina Insan
1. Puan Hafsah Mohd Nor
2. Puan Rosnita Ismail
3. Puan Zaiton Omar
4. Puan Shahrul Bariah Ahmad
5. Puan Anira Abd Rahman
6. Puan Noor Fazima Ibrahim


Lihatlah betapa seronoknya mereka. Ada yang dah termimpi-mimpi, dan ada yang beberapa kali terjaga sepanjang malam dek kerana terlampau teruja. Moga mereka mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat menggunakannya di sepanjang kehidupan mereka.
3/24/09
NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36, 2009
Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid,
SK Convent (1) Bukit Nanas,
Kuala Lumpur.
Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36, 2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
3. Sehubungan dengan itu, tarikh baru Mesyuarat Agung yang ke-36 adalah seperti ketetapan yang berikut:
TARIKH : 4 APRIL 2009
MASA : 2.30 Petang
TEMPAT : DEWAN PUTIH
4. Segala kesulitan yang dialami oleh pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah dikesali. Besarlah harapan kami agar Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
3/15/09
Majlis Pelantikan Pengawas
Maisara, antara yang menerima watikah pelantikan.
3/14/09
MESYUARAT AGUNG PIBG SK CBN1
TARIKH : 28 MAC 2009
TEMPAT : DEWAN PUTIH
MASA : 2.30 pm

Mesyuarat PIBG Tahun 2008
Surat makluman telahpun diedarkan kepada anak-anak tuan/puan pada hari Jumaat, 12 Mac 2009. Sila kembalikan keratan usul sebelum atau pada 23 Mac 2009 (ISNIN) pada guru kelas anak-anak tuan/puan.
Sekian. Harap maklum.
3/12/09
Sambutan MAULIDUR RASUL
Siapakah yang akan memenagi pertandingan ini? Keputusannya akan diumumkan esok.
KURSUS TARIAN TRADISIONAL
Kursus tarian tradisional kelolaan Kompleks Sukan Rakyat akan dijalankan seperti butiran yang berikut:
Tempat :
KOMPLEKS SUKAN RAKYAT
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
( berhadapan Taman Rama-rama )
Masa : 16 hingga 20 Mac 2009
Makanan disediakan. Kursus ini diberikan secara PERCUMA.
PENGANGKUTAN TIDAK DISEDIAKAN!
3/10/09
Pertandingan Pencipta Muda Malaysia 2009
Pertandingan dibuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.
Maklumat pertandingan boleh dimuat turun melalui laman web http://www.minds.org.my
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 April 2009.
Jika anda mempunyai sebarang idea, sila berhubung dengan Puan Aini Salwati Mohd Yusuf.
















