8/30/08

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Puan N. Vimala di atas lantikannya sebagai Guru Besar Cemerlang, berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008.

MAKLUMAN

Isnin 1 September 2008 merupakan cuti umum. Sekolah akan dibuka semula pada 2 September 2008 (Selasa).

Jadual cuti sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diedarkan kepada anak-anak tuan/puan pada minggu hadapan bersama-sama dengan jadual ujian bulanan yang ketiga, yang akan berlangsung pada 15 dan 16 September yang akan datang.

Diambang merdeka

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagi negaraku, lagi sekolah, diikuti dengan lagu-lagu patriotik.

Semua yang ada di dewan menyanyikan beberapa buah lagu.

Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Rosnah Omar. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Wan fatimah Ahmad, pengerusi PIBG sekolah.

Puan Wan Fatimah sedang berucap.

Selesai ucapan perasmian, cenderahati diserahkan kepada Pn. wan Fatimah atas kesudiannya merasmikan majlis Di Ambang Merdeka pada tahun ini.

Acara diteruskan dengan nyanyain lagu Tanggal 31 oleh murid-murid Tahun 1.

Murid-murid Tahun 1 Zamrud dan Delima sedang menyanyikan lagu Tanggal 31.

Seterusnya ialah bacaan sajak oleh adik Nabila dan Laila, murid Tahun 4 Zamrud. Sajak adalah hasil nukilan Encik Aswan yang juga merupakan suami kepada Puan Rohaida Hashim.

Nabila dan Laila sedang mendeklamasikan sajak bertajuk Tokoh-Tokoh Tanahair

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh dua orang guru yang berbakat iaitu Puan Aini Salwati dan juga Puan Rohaida. (gambar akan dimuat turun kemudian)

Acara yang ditunggu-tunggu ialah persembahan tarian oleh murid-murid Tahun 2 dan 3. Persembahan pertama ialah tarian Ulik Mayang manakala persembahan kedua pula ialah Joget Lodeh Mak Lodeh.

Tarian Ulik Mayang

Tarian Joget Lodeh Mak Lodeh. Para penari sedang bersedia.

Acara diteruskan dengan persembahan oleh pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik dan juga pemenang lagu-lagu rakyat.

Pemenang pertandingan lagu-lagu patriotik (Tahap 2) , kelas 5 Delima sedang mendendangkan lagu bertajuk Gemilang.

Pemenang pertandingan lagu-lagu rakyat sedang menyanyikan lagu Can Mali Can.

Majlis diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Delima dengan lagu mereka Standing In the Eyes Of The World.

Nurin Diayanah, Firzanah & Fatin

Penamat majlis ialah acara memotong kek seberat 6 kilogram sumbangan Puan shila. Terima kasih Puan Shila.

8/21/08

PROMOTION-POPULAR BOOKSTORE


POPULAR PROMOTES MUHIBBAH SPIRIT



POPULAR the largest book store chain in Malaysia, celebrates Malaysia's 51 years of independence by launching its Merdeka Double Promotion§ which will start from 15 August to 1 September 2008, at its 59 outlets nationwide.


One of the major promotion highlights is the inaugural Muhibbah Photography Contest, specially organised for all POPULAR loyal customers.


In addition, POPULAR is also giving away free gifts with purchases during the promotion from 15 Aug to 1 Sep 08. With every purchase of RM120 and above in a single receipt, POPULAR customers will receive an exclusive notebook designed specially in conjunction with the Merdeka Celebrations. POPULAR Card members need only to purchase RM100 and above to obtain this notebook. A number of English and Chinese books, latest music CDs and a wide variety of trendy stationery have also been specially selected and offered at special pricing for all POPULAR loyal customers.


We have also lined up all the special offers just for you:


1) From 15 Aug 12- Sep , purchase Joey Yap*s National Feng Shui Congress 2008 ticket at only RM 80 for POPULAR Card members (RM 108 for Non-members).


Tickets are available at the following participating POPULAR outlets:

- Cheras Leisure Mall, KL

- Ikano Power Centre, Mutiara Damansara

- Sunway Pyramid, Petaling Jaya

- The Summit, USJ

- 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya


2) Sa Dingding Alive§ Contest & WALL-E Movie Contest


Grab a FREE* of POP Club Magazine today for more details.


* Terms & Condition Apply


Regards
The Management
POPULAR Book Co. (M) Sdn Bhd

8/17/08

WAJAH BARU..

Bilik guru akan berubah wajah sebaik sahaja sekolah dibuka nanti. Kita lihat perubahannya.

Gambar sebelum ( sedang dikemas untuk kerja-kerja menaik taraf :) 15 Ogos 2008)

lawatan murid-murid tahun 1

Selasa, 5 Ogos 2008 telah diadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid Tahun 1. Murid-murid dibawa melawat sekitar ZOO NEGARA dan PUSAT SAINS NEGARA. Mereka telah diiringi oleh Puan Aini Salwati, Puan Hafsah dan Puan Khairrulnisa. Macam mana? Seronok tak?

Adblock

Solat Hajat

Berlangsung pada 14 Ogos 2008 (malam), bertempat di Dewan Putih. Harapan para pendidik, warga CBN1 serta semua ibu bapa agar semua calon UPSR tahun ini berjaya dengan cemerlang.

Adblock